FONETIK BAHASA MELAYU, ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdehem, bersiul, dan sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi, anatomi, pengelasan dan persepsi bunyi bahasa. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.
Pitman, Sir Isaac (1813–1897) ialah guru British
yang mencipta trengkas fonetik, iaitu kaedah
penulisan trengkas menggunakan 38 simbol yang
mewakili bunyi huruf vokal dan konsonan.
Thanks for clicking. That felt good.