Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.no.lo.gi] | فونولوݢي

Definisi : (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa: kata-kata drpd bahasa asing hendaklah disesuaikan dgn sistem ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.no.lo.gi] | فونولوݢي

Definisi : ist pengetahuan (ilmu) ttg sistem bunyi dlm bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fonologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FONOLOGI BAHASA MELAYU

FONOLOGI BAHASA MELAYU, sistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi  sesuatu bahasa itu di samping menemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, fonologi dikaji dengan mengumpulkan bunyi-bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa itu untuk dibanding-bandingkan sehingga perbezaan antara bunyi itu terserlah dalam konteks fonem, fitur distingif atau unit fonologi yang lain, mengikut kerangka teori yang digunakan.

BAHASABahasa
FONOLOGIFonologi ialah cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik.BAHASADisiplin Ilmu
KAMUS KHUSUS

KAMUS KHUSUS, salah satu jenis kamus yang memberi sumbangan yang amat penting dalam dunia perkamusan itu sendiri. Oleh sebab konsep kamus itu mempunyai pengertian yang amat luas meliputi input linguistik seperti morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, dan semua subdisiplin  linguistik yang lain seperti  leksikologi, analisis wacana, pragmatik, etimologi den sebagainya, maka potensi kamus khusus itu untuk berkembang jelas terbuka luas. Malah kamus khusus menjadi faktor yang mencorakkan kepelbagaian usaha penyusunan kamus yang menjadi agen kodifikasi bahasa yang amat berpengaruh.

BAHASAPenerbitan
CHEN LI

Chen Li (1810-1882), ahli fonologi yang terkenal pada zaman Dinasti Qing (1664-1911). Beliau dilahirkan di Panyu, Provinsi Guangdong (kini Guangzhou).  

SASTERATokoh
DIALEK MELAYU BERAUDIALEK MELAYU BERAU, dialek yang dituturkan oleh lebih kurang 40 000 orang di Propinsi Kalimantan Timur, Indonesia. Dialek ini belum pernah diselidiki dengan wajar seperti kebanyakan dialek Melayu di Pulau Borneo. Maklumat dialek itu sangat penting untuk rekonstruksi bahasa Melayu purba serta untuk memahami jaringan dialek Melayu di Pulau Borneo. Seperti dalam beberapa dialek di Pulau Borneo, dalam dialek Melayu Berau (DMB) hanya terdapat tiga fonem vokal, iaitu i, a, u. Hal ini disebabkan rentensi vokal tinggi pada semua posisi. Jadi o dan e tidak wujud dalam DMB; lihat, umpamanya, ‘orang’ dan ‘olak’ tetap urang dan ulak serta ‘lebar’ dan ‘sentak’ tetap libar dan sintak. Namun, selain rentensi itu, sudah terjadi inovasi pula. Dalam DMB, bunyi purba * disatukan dengan *a; ertinya * (pepet) dan *a tidak dibezakan. Maka, melalui retensi terdapat hanya dua vokal tinggi (*i dan *u) serta melalui inovasi * hilang. Fonologi DMB sememangnya hanya berisikan tiga vokal.BAHASABahasa

Kembali ke atas