Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata force


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FORCE 136

FORCE 136,  satu ketumbukan dan pertubuhan rahsia yang bergerak di Asia Tenggara pada masa Perang Dunia Kedua. Pasukan ini diletakkan di bawah ‘Special Operations Executive’, yang dipimpin oleh Lord Louis Mounbatten. Penubuhannya bertujuan untuk menyediakan pasukan perisik dan ketenteraan bagi membolehkan negara Asia Tenggara dirampas semula oleh Tentera Berikat dari Jepun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERTEMPURAN BRITAIN

Pertempuran Britain merupakan pertempuran

udara yang muktamad semasa Perang Dunia II

(1939–1945). Pegawai-pegawai Luftwaffe (tentera

udara Jerman) percaya bahawa ketahanan British

dapat dikurangkan dengan penggunaan kuasa

udara semata-mata. Mereka percaya bahawa

serangan dapat dilakukan sebaik sahaja Jerman

memusnahkan Tentera Udara Diraja (Royal Air Force

[RAF]).

UMUM 
ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR

ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR, pasukan askar yang berkhidmat untuk kerajaan negeri Johor.  Pasukan ini disebut juga Johore Military Force dan ditubuhkan pada tahun 1986.  Penubuhannya adalah sebagai satu simbol kemerdekaan negeri Johor yang diiktiraf oleh British dalam Perjanjian British-Johor pada 11 Disember 1885.  Sultan Abu Bakar menitahkan supaya ditubuhkan satu pasukan infantri yang dinamakan Angkatan Timbalan Setia Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN

PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN, pasukan tentera sukarelawan.  Pasukan Sukarelawan Kelantan (Kelantan Volunteer Force) ditubuhkan pada tahun 1914.  Pasukan ini bermula dengan dua kompeni Special Constables di Kelantan yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1914.  Kompeni Nombor 1 mengandungi lebih kurang 30 orang Eropah dan Kompeni Nombor 2 mengandungi lebih kurang 25 orang bangsa Asia. Keseluruhan kekuatan anggota ialah seramai 55 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH

PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH, pasukan tentera sukarelawan.  Pasukan Sukarelawan Kedah (Kedah Volunteer Force) ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933. Pasukan ini bermula dengan unit sukarelawan Kedah yang ditubuhkan pada 5 Ogos 1914.  Penubuhan unit ini tidak tertakluk di bawah mana-mana enakmen.  Kegiatan unit ini diselenggarakan oleh sebuah jawatan-kuasa yang terdiri daripada lima orang dan diketuai oleh seorang komandan. Jawatankuasa ini dilantik setiap tahun.  Unit sukarelawan Kedah bermula dengan 18 orang anggota dan tidak pernah melebihi 25 orang.  Mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli uniform dan peluru. Latihan kawad untuk anggota unit ini di bawah kelolaan Pesuruhjaya Polis.  Mereka menggunakan senjata carbain polis dan senjata lama, LY. Arms.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
TUDM

TUDM, pasukan bersenjata yang bertanggungjawab mengawal pertahanan ruang udara negara. TUDM ialah singkatan Tentera Udara Diraja Malaysia. TUDM pada awalnya dikenal sebagai Tentera Udara Persekutuan yang ditubuhkan pada 2 Jun 1958 melalui The Air Force Ordinance No 2 of 58 dan ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Diraja British, Kuala Lumpur (RAF). Pesawat Twin Pioneer merupakan kapal terbang pertama diperolehi daripada pihak British pada 17 April 1958.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
IBRAHIM ISMAIL, JENERAL (B) TAN SRIIBRAHIM ISMAIL, Jeneral (B) Tan Sri (1922-  ), Ketua Turus Angkatan Tentera (kini Panglima Angkatan Tentera) Malaysia yang ketiga. Dia lahir pada 19 Oktober 1922 di Kampung Air Molek, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di English College, Johor Bahru dan mula terlibat dalam ketenteraan dalam tahun 1941, bersama-sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn, apabila kedua-duanya menyertai Johore Military Force. Kemudian dia dihantar ke Akademi Tentera India di Dehra Dun untuk menjalani latihan tentera.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas