FOSIL | | UMUM | |
PALINOLOGI | Kajian debungan dan spora yang masih hidup atau fosil. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Disiplin Ilmu |
NUMMULITE | Nummulite ialah nama bagi sebilangan besar haiwan laut fosil bersel satu. Ia boleh dikenali melalui cangkerangnya, yang berbentuk seperti cakera leper. Di bahagian dalamnya, setiap cangkerang melingkar dan terbahagi kepada banyak kubuk kecil. | UMUM | |
SELAKANT | Selakant ialah sejenis ikan primitif yang terdapat di barat Lautan Hindi. Ahli sains telah menemui fosil selakant yang hidup lebih daripada 300 juta tahun dahulu. Ikan ini dipercayai telah pupus sehingga seekor selakant ditangkap di luar pantai Afrika Selatan pada tahun 1938. Sejak itu, banyak lagi selakant yang ditangkap. Selakant adalah anggota kumpulan ikan purba yang dikenali sebagai sarcopterygian. Ikan peparu adalah satu-satunya anggota kumpulan ini yang masih hidup. Lihat Ikan (Zaman Ikan). | UMUM | |
TEILHARD DE CHARDIN, PIERRE | Teilhard de Chardin, Pierre (1881–1955) ialah ahli paleontologi (pakar dalam fosil) Perancis. Dia membantu menemui manusia Peking, salah satu jenis manusia terawal. Walau bagaimanapun, kemasyhuran Teilhard yang utama terletak pada teorinya tentang penyatuan evolusi kosmos dan agama Kristian. | UMUM | |
FORMASI MACINCANG | Tinggalan daripada jasad organik organisma atau kelongsong jasadnya yang telah mengeras dan terawet secara semula jadi dalam batuan di kerak bumi. Fosil berasal daripada perkataan Latin fossilis, yang bererti suatu benda yang diperoleh daripada penggalian lubang.... Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
LI SIGUANG | Li Siguang (1889–1971), ahli geologi China. Dia memberi sumbangan penting kepada sains palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi (kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi. Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang membincangkan aspek tegasan dan terikan. Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan penting dalam penemuan beberapa telaga minyak yang besar di China. Karya utamanya termasuk Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central China (1947), dan Introduction to Geomechanics (1962). | UMUM | |
ZINJANTROPUS | Zinjantropus ialah makhluk bak manusia yang dipercayai oleh kebanyakan ahli antropologi hidup kira-kira 1 750 000 tahun dahulu. Tengkorak fosil Zinjantropus dijumpai pada tahun 1959 oleh ahli antropologi British, Mary D. Leakey di Olduvai Gorge di utara Tanzania. Ia adalah satu daripada petanda awal bahawa makhluk bak manusia primitif pernah hidup di timur Afrika. | UMUM | |
PALEONTOLOGI | Paleontologi ialah kajian secara saintifik tentang haiwan, tumbuhan dan organisma lain yang hidup pada zaman prasejarah – yakni lebih 5500 tahun dahulu. Tinggalan fosil organisma terdapat pada batuan enapan (batuan yang terbentuk oleh bahan mineral yang mendak dari udara, ais atau air). Organisma yang kini sudah menjadi fosil hidup ketika batuan itu sedang terbentuk. Organisma ini terbentuk dan terawet semasa lapisan batuan itu bertindih- tindih. | UMUM | |
DUBOIS, EUGÉNE | Dubois, Eugéne (1858–1941) ialah ahli anatomi dan ahli antropologi fizikal Belanda. Semasa berada di Jawa pada tahun 1891 dan 1892, dia telah menemui satu fosil tulang yang kemudiannya dinamakannya sebagai Pithecanthropus erectus atau beruk yang berjalan dengan tegak (lihat Manusia Jawa). | UMUM | |