FOTOSINTESIS | | UMUM | |
SAPROFIT | Saprofit ialah benda hidup yang mendapat makanannya daripada sisa organisma yang mati. Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti cendawan, dan kulapuk – atau bakteria. Organisma ini tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang membolehkan tumbuhan membuat makanannya melalui fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Saprofit menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya menjadi sebatian yang lebih ringkas. | UMUM | |
PEPANJAT | Tumbuhan yang memanjat pokok lain sebagai sokongan untuk membolehkannya memperoleh cahaya matahari secukupnya untuk fotosintesis. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
KLOROPLAS | Kloroplas ialah struktur terkhusus di dalam sel tumbuhan. Ia menjadi tempat berlakunya fotosintesis. Kloroplas mengandungi klorofil, pigmen hijau yang menyerap tenaga dari cahaya matahari untuk digunakan dalam fotosintesis. | UMUM | |
PERIUK KERA | Periuk kera ialah nama sesetengah tumbuhan hijau yang mempunyai daun berbentuk periuk yang menjadi perangkap serangga. Periuk kera adalah tumbuhan insektivar, iaitu ia memakan serangga (lihat Tumbuhan insektivar) . Seperti lain-lain tumbuhan hijau, periuk kera membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Bagaimanapun, periuk kera hidup di kawasan yang terdapat sedikit nitrogen yang diperlukan daripada tanah. Serangga yang diperangkap memberikan nitrogen tambahan kepada tumbuhan ini. | UMUM | |
SUKROSA | Sukrosa ialah nama kimia bagi gula biasa. Sukrosa teprgolong dalam kelas makanan yang dikenali sebagai karbohidrat. Ia adalah hasil fotosintesis, iaitu proses membuat makanan dalam tumbuh-tumbuhan. Sukrosa diekstrakkan daripada bit gula dan tebu dan digunakan dengan meluas sebagai pemanis. Formula kimianya ialah C12H22O11. | UMUM | |
KLOROFIL | Klorofil ialah pigmen hijau pada tumbuh-tumbuhan yang menyerap tenaga cahaya untuk digunakan dalam fotosintesis. Klorofil juga terdapat pada organisma mudah yang dinamakan alga dan pada sesetengah bakteria. | UMUM | |