Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. (colloq) confuse, baffle, (act.) membingungkan; (pass.) bingung: I must admit the last question completely ~ed me, saya mesti mengakui soalan terakhir itu betul-betul membingungkan saya; 2. deceive, trick, menipu: don’t try to ~ me, jangan cuba menipu saya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. (animal) rubah; 2. (fur) bulu rubah; 3. (derog) cunning, crafty person, musang berbulu ayam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fox


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FOX TALBOT, WILLIAM HENRY UMUM 
METAFORA

Metafora, iaitu kiasan, ialah ungkapan yang

diambil daripada satu bidang pengalaman dan

digunakan untuk mengatakan sesuatu dalam

bidang lain. Misalnya, apabila kita berkata, “He’s a

sly fox,” kita menggunakan metafora, iaitu kita

menggunakan nama haiwan untuk menerangkan

manusia. Metafora menyatakan perbandingan

tanpa menggunakan kata “like” atau “as”. Penyataan

“He is like a sly fox” or “He is sly as a fox” ialah

perumpamaan (lihat Perumpamaan).

UMUM 
TALBOTAIP

Talbotaip ialah sejenis gambar yang dihasilkan

menggunakan proses fotografi terawal. Nama ini

sempena nama penciptanya, W.H. Fox Talbot, ahli

sains Inggeris. Dia mula menjalankan proses ini

pada tahun 1839. Dia membuat sehelai kertas yang

sensitif kepada cahaya dengan merendamnya

beberapa kali dalam larutan sodium klorida dan

nitrat-perak. Kemudian, dia mendedahkan kertas itu

kepada cahaya dalam kamera atau cahaya matahari.

Garam perak membentuk imej negatif, bertukar

menjadi gelap apabila terkena cahaya. Selepas

memproses negatif utama ini dengan larutan

garam, dia boleh mencetak seberapa banyak kertas

positif.

UMUM 
SPIRITUALISME

Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh

orang yang telah mati boleh berhubung dengan

orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud

dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia.

Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika

Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua

orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan

Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester,

New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah

mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang

boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua

wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu

kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya

mereka dapat berhubung dengan roh yang

dipercayai cuba menghantar isyarat kepada

mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu

membawa kepada penubuhan beberapa

pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan

juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan

untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme.

UMUM 
SOUTHALL, IVAN

Southall, Ivan (1921– ) ialah penulis Australia

menjadi terkenal di peringkat antarabangsa

menerusi buku kanak-kanak karangannya. Dia

memenangi hadiah Anugerah Tahunan Buku

Kanak-kanak (Children’s Book of the Year Award)

pada tahun 1966, 1968, 1971, dan tahun 1976. Dia

juga menerima Anugerah Pingat Carnegie pada

tahun 1972, serta Anugerah Buku Kanak-kanak

Kebangsaan pada tahun 1986, selain beberapa

anugerah lain di Eropah, Jepun, dan Amerika

Syarikat. Dia menerima pingat Order of Australia

pada tahun 1981. Antara bukunya termasuklah

Hills End (1962), Ash Road (1965), To the Wild Sky

(1967), The Fox Hole (1967), Let the Balloon Go

(1968), Sly Old Wardrobe (1968), Bread and

Honey (1970), Josh (1971) Over the Top (1972),

Matt and Jo (1973), Fly West (1974), What About

Tomorrow (1977), The Golden Goose (1981),

The Long Night Watch (1983), Christmas in the

Tree (1985), Rachel (1986); Black Bird (1988), dan

The Mysterious Worid of Marcus Leadbetter

(1990).

UMUM 

Kembali ke atas