Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[frag.men] | فرݢمن

Definisi : (fragmén) bahagian drpd sesuatu (novel, lakonan, peristiwa, dll), petikan, penggalan: ia hanya berhasrat memaparkan ~-~ drpd sesuatu peristiwa dan konflik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fragmen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENANDER

Menander (342?–291? S.M.) ialah penulis drama

Yunani yang mengarang lebih 100 buah komedi.

Karyanya hanya diketahui melalui fragmen

lakonannya, adaptasi plotnya oleh penulis drama

Rom, Plautus, dan Terence dan satu-satunya

lakonan lengkap Dyscolos. Drama ini, yang mula-mula

dipentaskan pada tahun 315 S.M., hanya

dijumpai semula pada tahun 1959.

UMUM 
KIT'AH

KIT’AH, BENTUK PUISI Arab yang merupakan fragmen daripada karya yang lebih panjang, misalnya sebuah qasidah. Kit’ah dalam bahasa Arab bererti potongan keratan, sekerat atau sepotong; memberikan makna sepotong daripada sebuah karya yang lebih besar kit’ah juga mungkin sebuah puisi tersendiri mengenai sesuatu topik, tetapi masih menggunakan skema-rima yang sama, iaitu serima (monorhyme) dan dalam polamatra yang umum seperti genre yang lain. Begitu rapatnya hubungan kit’ah dengan qasidah, walaupun pada kenyataannya sebuah qasidah hingga ada sarjana menganggap klit’ah berasal daripada  qasidah yang mungkin dikembangkan daripada genre lain yang berasingan seperti ghazal, fakhr dan lain-lain.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas