Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt memfrangki; (pop.) mengecap. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. outspoken, candid, terus-terang; (of person, manner), (ber)terus-terang: I would like your ~ opinion on the matter, saya ingin mendengar pendapat yg terus-terang drpd saudara ttg hal itu; he is a ~, honest person, dia terus-terang dan jujur orangnya; 2. showing clearly the thoughts and feelings, tdk menyembunyikan perasaan: a ~ gaze, pandangan yg tdk menyembunyikan perasaan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata frank


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FRANK UMUM 
LOESSER, FRANK UMUM 
CAPRA, FRANK UMUM 
WRIGHT, FRANK LLYODArkitek Amerika terunggul yang dianggap sebagi ikon bukan sahaja oleh pengkritiknya, tetapi juga budaya popular.KEJURUTERAANTokoh
SWETTENHAM, FRANKResiden Selangor (1882-1889).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RICHARDS, FRANK

Richards, Frank (1875–1961), nama pena bagi

Charles Hamilton, penulis Inggeris yang

menghasilkan cerita “Billy Bunter”.

UMUM 
NORRIS, FRANK

Norris, Frank (1870–1902), novelis dan wartawan

Amerika dan pemimpin gerakan alamiah. Norris

percaya bahawa sesebuah novel harus berfungsi

untuk tujuan moral. “Novel dengan tujuan,” jelasnya,

“menarik perhatian orang ramai tentang tragedi dan

kepiluan orang lain” dan “membuktikan bahawa

ketidakadilan, jenayah, dan ketidaksamaan hak

memang wujud”.

UMUM 
SEDGMAN, FRANK

Sedgman, Frank (1927– ), salah seorang

pemain tenis terbaik Australia. Dari tahun 1950

hingga tahun 1952, dia bermain sebanyak 19 kali

untuk Australia dalam pertandingan Piala Davis

dan hanya kalah dua kali. Pada tahun 1951, dia

menjadi orang Australia yang pertama menjuarai

acara perseorangan Amerika Syarikat. Pada tahun

1952, dia menjuarai acara perseorangan Amerika,

Itali, dan Wimbledon. Francis Arthur Sedgman

lahir di Melbourne.

UMUM 
SINATRA, FRANK

Sinatra, Frank (1915–1998) adalah antara

penyanyi paling terkenal dalam sejarah muzik

popular. Dia digelar “ The Voice”, dan terkenal

dengan nyanyian balada dan penghayatan lagu-lagu

ritma. Bermula pada tahun 1941, dia muncul

dalam lebih 50 buah filem. Dia memenangi

Academy Award sebagai pelakon pembantu lelaki

terbaik melalui lakonannya dalam filem From

Here to Eternity.

UMUM 
SWETTENHAM, SIR FRANK

Swettenham, Sir Frank (1850–1946) ialah

pentadbir British yang diakui sebagai “bapa dan

pengasas Malaya moden”. Pada tahun 1874, dia

telah dilantik sebagai penolong residen (penasihat)

negeri Selangor. Mulai dari tahun seterusnya,

kerjayanya tertumpu pada Negeri-negeri Melayu

Bersekutu. Dia mendakwa supaya diberi

penghormatan kerana mewujudkan Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu. Dia ialah Residen Jeneral yang

pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

dari tahun 1896 hingga tahun 1900. Pada tahun

1901, dia dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri

Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Tanah

Melayu. Dia bersara pada tahun 1904.

UMUM 
12

Kembali ke atas