KREISLER, FRITZ | Kreisler, Fritz (1875–1962), pemain biola dan penggubah lagu menjadi pujaan sepanjang masa. Rakamannya dijadikan kajian untuk mengetahui bagaimana frasa-frasa muzik dipersembahkan secara semula jadi dan berkesan, serta penggunaan rubato (memendek dan memanjangkan not). | UMUM | |
FRASA | serentetan kata yang terdiri daripada dua kata atau lebih, yang boleh diperluas. | BAHASA | Konsep |
FRASA NAMA | frasa yang terdir daripada kata nama sebagai kata intinya. | BAHASA | Konsep |
FRASA KERJA | frasa yang terdiri daripada adverba sebagai kata intinya. | BAHASA | Konsep |
FRASA ADVERBA | frasa yang terdiri daripada adverba sebagai kata intinya. | BAHASA | Konsep |
FRASA ADJEKTIF | frasa yang terdiri dariapda adjektif sebagai kata intinya. | BAHASA | Konsep |
FRASA SENDI | frasa yang terdiri daripada kata sendi sebagia kata intinya | BAHASA | Konsep |
DISFEMISME | penggunaan kata atau frasa yang tidak sopan, tidak menyenangkan, mengaibkan atau menyinggung perasaan untuk menggantikan kata atau frasa yang dianggap sopan atau menyenangkan. | BAHASA | Konsep |
TABIR BESI | Tabir Besi, adalah suatu frasa yang dipopularkan oleh Sir Winston Churchill pada tahun 1940-an. Frasa ini merujuk kepada dasar pemencilan Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia II. Kesatuan Soviet mengenakan sekatan perdagangan dan penapisan yang tegar sehingga menyekat negara tersebut dan negara “satelit” Eropah Timurnya daripada dunia luar. | UMUM | |
TESAURUS | buku yang mengandungi kata atau frasa yang dikelompokkan mengikut maknanya. | BAHASA | Karya |