| FREE STATE | | UMUM | |
| RADIO FREE EUROPE/RADIO LIBERTY (RFE/RL) | | UMUM | |
| PENANG FREE SCHOOL | PENANG FREE SCHOOL, sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1816, di Love Lane, oleh R.S. Hutchings. Penubuhan Penang Free School mendorong pentadbir British menubuhkan sekolah Inggeris yang lain di Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1826, Malacca Free School ditubuhkan, diikuti oleh Singapore Free School (1834). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| STEYN, MARTHINUS THEUNIS | Steyn, Marthinus Theunis (1857–1916) ialah presiden terakhir bagi Orange Free State sebelum negeri tersebut menjadi sebahagian daripada Afrika Selatan. Dia telah dipilih menjadi presiden pada tahun 1896. Kebetulan, tempoh jawatan Steyn bersamaan dengan usaha Britain untuk mengambil alih Republik Boer. Sepanjang tempoh ini, dia tetap memperjuangkan kemerdekaan Boer. | UMUM | |
| ADAMSON, JOY | Adamson, Joy (1910–1980), pengarah dan pelukis, yang menjadi termasyhur kerana bukunya Born Free: A Lioness of Two Worlds (1960). Buku ini menceritakan bagaimana Adamson dan suaminya memelihara Elsa, anak singa yatim piatu, semasa mereka tinggal dan bertugas di Kenya, Afrika Timur. Pasangan Adamsons melatih Elsa memburu haiwan-haiwan lain untuk makanan supaya ia akhirnya dapat mencari makan sendiri dalam hutan. | UMUM | |
| REICHSWEHR | Reichswehr ialah istilah Jerman untuk tentera negara . Pada tahun 1919, Republik Jerman menubuhkan Reichswehr, daripada unit sukarela yang dikenali sebagai Free Corps . | UMUM | |
| AUDEN W.H. | Auden W.H. (1907–1973), penyair yang lahir di England . Dia terkenal dengan kepelbagaian karyanya. Dia telah menghasilkan lagu balada, blues, seloka, puisi soneta, nonsense verse , oratorio (lagu daripada kitab Bible), free verse, libretto (seni kata) untuk opera dan drama. Auden memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1948 untuk sajaknya yang setebal buku, The Age of Anxiety . | UMUM | |
| MOHD. NOOR MOHAMED, DATUK | MOHD. NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| STATUTE OF WESTMINSTER | Statute of Westminster (1931) menubuhkan asas rangka undang-undang untuk Negara-negara Komanwel. Ia memberi kesan kepada keputusan yang dicapai ketika persidangan di London pada tahun 1926 dan tahun 1930. Statut ini mengiktiraf kemerdekaan bahagian utama Empayar British: Komanwel Australia, Dominion Kanada, Negeri Bebas Ireland (Irish Free State), Dominion New Zealand, Newfoundland, dan Kesatuan Afrika Selatan. | UMUM | |
| UTUSAN MELAYU | UTUSAN MELAYU, akhbar bertulisan Jawi dan Rumi yang diterbitkan di Singapura oleh Singapura Free Press sejak 7 November 1907. Pada peringkat awalnya, Utusan Melayu diterbitkan tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu bermula dari 7 November 1907 hingga 21 September 1915. Dari tahun 1915 hingga tahun 1921, Utusan Melayu menjadi akhbar harian. Akhbar ini diberhentikan penerbitannya pada tahun 1921. Antara pengarang Utusan Melayu di peringkat awal ialah Mohd. Eunos bin Abdullah (1907-1909), Abdul Hamid bin Miskin (1909-1914), Mohd. Ismail bin Abdul Kadir (1914-1918) dan Syed Sadullah Khan (1918-1921). Pada 29 Mei 1930, Utusan Melayu diterbitkan semula hingga tahun 1938. | SASTERA | Penerbitan |