| DU FU | Du Fu (712–770) merupakan salah seorang penyair Agung China. Dia menamakan dirinya Zi Mei. | UMUM | |
| MUHAMMAD FU'AD, 'ABD AL-BAQI | Muhammad Fu’ad, ‘Abd al-Baqi (1299 H. – 1388 H./1882 M.–1968 M.) ialah tokoh ilmuwan Mesir. Dia banyak menghabiskan masa dalam menyusun dan membuat susunan indeks hadith. Dia lahir di Qalyubiyah, Mesir, dan membesar di Kaherah serta pernah belajar di beberapa buah sekolah di sana. ‘Abd al-Baqi pernah berkhidmat sebagai penterjemah bahasa Perancis di Jabatan Pertanian pada sekitar tahun 1905 dan 1933. Dia berhenti menulis disebabkan oleh matanya yang kabur dan menjadi buta sebelum kematiannya. | UMUM | |
| FU | Fu, prosa berirama yang wujud pada akhir zaman Dinasti Zhou (1066 SM–256 SM) dan Dinasti Han (206 SM–220 TM). Fu mempunyai ciri-ciri sajak dan prosa. | SASTERA | Karya |
| SIMA XIANGRU | Pujangga Fu, iaitu prosa yang terkenal pada zaman Han Barat. | SASTERA | Tokoh |