Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fungsinya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMBRAN

Membran ialah istilah yang digunakan untuk

menerangkan lapisan tisu biologi yang menutupi

permukaan dan yang memisahkan ruang pada

organisma. Misalnya, membran sel menyediakan

sempadan luar bagi sel dan membahagikan sel ke

dalam petak fungsinya. Membran ini bertindak

sebagai sekatan kepada laluan molekul untuk

masuk dan keluar dari sel dan di antara petak (lihat

Sel [Di dalam sel hidup]).

UMUM 
ANUBIS

Anubis adalah tuhan alam ghaib yang penting di

kalangan orang Mesir purba. Pusat ibadatnya yang

utama ialah di Kynopolis, yang bermaksud Bandar

Anjing di Yunani. Oleh sebab anjing atau serigala

merupakan haiwan sucinya, Anubis sering kali

digambarkan sebagai anjing atau serigala yang

sedang mendekam. Fungsinya dikaitkan dengan

Osiris, ketua tuhan alam ghaib, dan Thoth,

pembantu Osiris. Tugas Anubis ialah menghadiri

upacara ritual mempersiapkan mayat, menimbang

hati setiap orang dengan neraca keadilan, dan

mengadili perbuatan baik dan jahat seseorang di

dunia ini. Lihat juga Mitologi; Osiris; Thoth.

UMUM 
SPERMASETI

Spermaseti ialah bahan melekit yang didapati

daripada kepala paus sperma yang sangat besar.

Bluber paus sperma juga mengandungi bahan ini.

Spermaseti digunakan sebagai bahan untuk

membuat beberapa jenis salap dan krim muka. Ia

pernah digunakan untuk membuat lilin. Spermaseti

juga didapati daripada paus “berhidung-botol” dan

paus raksasa “berhidung-botol”. Spermaseti

mungkin mempunyai fungsi untuk paus, tetapi

tiada siapa pun yang tahu apa fungsinya.

Lihat juga Paus sperma.

UMUM 
STROK

Strok ialah kehilangan fungsi otak dengan tibatiba.

Ia adalah kecemasan perubatan yang boleh

menyebabkan kelumpuhan, kerosakan otak yang

teruk, atau kematian. Kebanyakan strok berlaku

apabila darah beku atau sesetengah bahan lain

menyekat aliran darah ke otak, lalu mengganggu

bekalan oksigen dan nutrien ke otak. Jika sekatan

ini berlanjutan lebih daripada beberapa minit,

kecacatan otak yang kekal mungkin berlaku. Strok

juga mungkin berlaku apabila pembuluh darah

pecah dan menyebabkan pendarahan ke dalam

otak, atau ke dalam bendalir di sekeliling otak.

Pendarahan mendatangkan tekanan yang

merosakkan tisu otak, menyebabkan kehilangan

fungsinya.

UMUM 
SIMPOSIUM DIALEK MELAYU

SIMPOSIUM DIALEK MELAYU, simposium tentang dialek atau bahasa daerah.  Simposium ini diadakan pada 2 hingga 3 Disember 1981, anjuran Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Linguistik Malaysia.  Simposium ini diberi tajuk Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan dan bertemakan Ke Arah Mengenal Dialek dan Fungsinya.  Tema tersebut menjadi pilihan pihak penganjur kerana dialek atau bahasa daerah adalah penting dan tidak dapat sama sekali dipisahkan daripada kehidupan dan pergaulan sehari-hari masyarakat Melayu.

BAHASAKegiatan
SURUHANJAYA PILIHAN RAYAKapsyen          :           Mengundi sebagai satu simbol demokrasi

 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas