| SAHARWARDIY, IBN HABASH AL- | Saharwardiy, Ibn Habash al- (549–586 H. / 1155– 1191 M.), ahli falsafah dan penyair. Nama penuhnya ialah Abu al-Futuh Yahya ibn Habash ibn Amirik yang terkenal dengan gelaran Shihabuddin al-Saharwardiy. Dia lahir di Saharward, sebuah perkampungan Zanjan di Iraq al-’Ajam (Iran Lama). Ahli sejarah berselisih pendapat dalam menentukan tarikh kelahirannya dengan tepat. | UMUM | |