Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Eko) 1. perjanjian peminjaman sejumlah wang drpd bank, syarikat kewangan dsb bagi membeli rumah atau harta benda dgn rumah atau harta benda yg berkenaan dijadikan cagaran; 2. dokumen yg diberikan oleh peminjam kpd pemberi pinjam dlm bentuk lien kpd harta yg dijadikan cagaran terhadap pinjaman yg diberi sehinggalah pinjaman berkenaan dibayar semula; ~ kedua (Eko) gadai janji yg dibuat terhadap harta yg masih digadai janji dgn pihak lain; ~ pertama (Eko) gadai janji utama yg memberikan tuntutan pertama terhadap harta yg menjadi cagaran;menggadai janji mencagarkan harta benda secara gadai janji kpd pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dsb) utk mendapatkan pinjaman: dia terpaksa ~ rumahnya kpd bank utk membiayai pelajaran anaknya di seberang laut;penggadai janji orang yg meminjam wang dan menggadai janji hartanya kpd pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dsb) sbg cagaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GADAI JANJI UMUM 
PENUTUPAN GADAI JANJIKonsep undang-undang.UNDANG-UNDANGKonsep
LIEN

Lien ialah tuntutan yang sah di sisi undang-

undang oleh seseorang terhadap harta orang lain

sebagai cagaran untuk hutang. Lien hampir sama

dengan gadai janji (pinjaman atas harta). Tetapi

tidak seperti gadai janji, lien tidak boleh diserah

hak (dipindahkan) kepada orang lain (lihat Gadai

janji; Kontrak).

UMUM 
SYARIKAT PEMBINAAN

Syarikat pembinaan ialah bank simpanan khas.

Fungsi utama syarikat pembinaan ialah

menggalakkan simpanan daripada orang awam, dan

meminjamkan simpanan itu kepada individu yang

hendak membeli rumah sendiri. Pinjaman ini dibuat

mengikut perjanjian undang-undang yang dikenali

sebagai gadai janji. Gadai janji biasanya dibayar balik

dalam jangka masa yang panjang selama 20 atau 25

tahun.

UMUM 

Kembali ke atas