Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.gah] | ݢاݢه

Definisi : 1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~ berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa) sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah: dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah; menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. = ~ pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang; menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan, memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri; kegagahan perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.gah] | ݢاݢه

Definisi : 1 dpt melakukan sesuatu yg berat-berat; bertenaga lagi kuat: Sungguhpun sudah tua, Mat Kilau masih ~. 2 = ~ berani (perkasa) sangat kuat lagi berani melakukan sesuatu: Hang Tuah terkenal sbg pahlawan Melayu yg ~ berani. 3 besar dan tegap badannya; tampan lagi kacak: Pemuda ~ yg baik hati itu telah menghantarnya pulang. 4 kelihatan hebat; tampak mulia: Pd anggapannya, tinggal di Petaling Jaya lebih ~ drpd tinggal di tempat-tempat lain. menggagahi menguasai dgn paksa atau dgn kekerasan; memaksa: Tentera kita berjaya ~ musuh. menggagahkan menjadikan gagah; memberanikan: ~ diri memberanikan diri: Dia ~ dirinya utk memasuki pertandingan itu walaupun saingannya hebat-hebat. kegagahan keadaan atau sifat gagah: Kisah ~ Hang Tuah tersebar ke seluruh Kepulauan Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagah

Puisi
 

Laksamana Bentan datang menyembah,
     Merendah diri walaupun gagah;
Raja adil raja disembah,
     Raja zalim raja disanggah.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Geneng di tengah lebuh,
     tahan galah bersijingkat;
geneng di tengah medan (gelanggang),
     tahan taruh di ayam kuyu.

Bermaksud :

Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIOBE

Niobe ialah permaisuri dalam mitologi Yunani yang

terkenal kerana perkabungannya yang abadi atas

kematian anak-anaknya. Niobe adalah anak Raja

Tantalus dan Permaisuri Dione, dan berkahwin

dengan Amphion, Raja Thebes. Dia bermegah

mengatakan disebabkan enam atau tujuh anak

lelakinya yang gagah dan enam atau tujuh anak

perempuan yang cantik-cantik, dia berhak

dimuliakan lebih daripada dewi Leto, yang hanya

mempunyai dua orang anak, Apollo dan Artemis.

Leto yang marah memerintahkan Apollo dan Artemis

membunuh anak-anak Niobe menggunakan panah.

Niobe sangat berdukacita dan menangisi kematian

anak-anaknya tanpa henti. Dewa yang kasihan

dengan keadaannya telah menukarkannya menjadi

batu yang mengeluarkan air seperti air mata.

Menurut sejarah, batu yang mempunyai air terjun di

bawahnya terletak di Gunung Sipylon di tempat yang

kini ialah Turki.

UMUM 
PATTON, GEORGE SMITH, JR.

Patton, George Smith, Jr. (1885–1945) ialah

salah seorang jeneral Amerika yang paling

cemerlang semasa Perang Dunia II (1939–1945).

Peribadinya yang tahan lasak dan ucapannya yang

keras menyebabkan dia mendapat gelaran “Old

Blood and Guts” (Darah Tua dan Gagah).

UMUM 
SURAH AL-HIJR

Surah al-Hijr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-15 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 99 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Hijr kerana Allah

S.W.T. menyebut tentang apa yang berlaku

terhadap kaum Salih, iaitu kabilah Thamud, serta

rumah mereka yang terletak di Hijr, iaitu antara

Madinah dan Syam. Mereka ini adalah orang yang

gagah, dan mampu mengukir gunung sehingga

boleh dijadikan rumah kediaman. Mereka

merasakan seolah-olah akan terus hidup kekal,

tanpa ditimpa kebinasaan dan kematian. Ketika

mereka berada dalam keadaan aman dan tenang,

tiba-tiba mereka ditimpa azab yang dahsyat di

waktu hening pagi.

UMUM 
KUDA

Kuda merupakan satu daripada haiwan yang paling

berguna sejak beribu-ribu tahun. Satu masa

dahulu, kuda ialah cara pengangkutan yang

paling pantas dan yang paling pasti untuk

mengembara di darat. Pemburu yang menunggang

kuda mengejar haiwan dan membunuhnya

untuk makanan dan untuk kegiatan sukan. Puak-puak

nomad Asia menakluk Eropah, dan sateria-sateria

Zaman Pertengahan menyerang dengan

menunggang kuda perang yang gagah. Peneroka

Eropah menggunakan kuda semasa mereka

menjajah Afrika, Amerika dan India.

UMUM 
TARIAN BUBU

TARIAN BUBU, tarian yang menggunakan bubu.  Tarian ini kadang-kadang disebut juga tarian lukah.  Yang menari adalah sebuah bubu yang dipuja dan dijampi oleh seorang bomoh atau dukun.  Selain bomoh, beberapa orang pembantu diperlukan untuk menjayakan tarian ini.  Di Pahang, pembantu bomoh atau dukun yang menjayakan tarian ini haruslah seorang lelaki yang gagah dan bertenaga. Tetapi di Perak, pembantunya terdiri daripada seorang perempuan dan dua orang lelaki.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas