Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.gal] | ݢاݢل

Definisi : tidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan: rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;kegagalan perihal gagal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.gal] | ݢاݢل

Definisi : tidak berjaya mencapai tujuannya; tidak berhasil; tidak jadi: Serangan Belanda ke atas Riau itu ~. menggagalkan menjadikan tidak berhasil; menjadikan gagal: Ada pihak-pihak tertentu yg berusaha utk ~ rundingan itu. kegagalan keadaan atau hal gagal; kekecewaan: ~nya utk mendapatkan ijazah itu sangat-sangat merisaukan fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagal

Peribahasa

Rosak tapai kerana ragi.

Bermaksud :

Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEJUTAN

Kejutan ialah keadaan berbahaya yang boleh

terjadi jika darah gagal beredar dengan betul di

dalam tubuh. Keadaan ini kadangkala dikenali

sebagai kejutan edaran. Kejutan juga boleh terjadi

kerana sebarang penyakit atau kecederaan yang

serius. Ia boleh juga disebabkan oleh tekanan

emosi. Kejutan yang melampau boleh

menjejaskan fungsi utama tubuh dan boleh

membawa maut.

UMUM 
MONMOUTH, DUKE OF

Monmouth, Duke of (1649–1685) ialah orang

Inggeris yang mengetuai satu pemberontakan

yang gagal menentang Raja James II. Dia ialah anak

lelaki Charles II dengan seorang perempuan

Welsh bernama Lucy Walter. Dia berhak mewarisi

takhta England. Terdapat sedikit keraguan

mengenai keturunannya, tetapi Charles mengaku

Monmouth adalah anaknya.

UMUM 
PERSEKUTUAN AUSTRALIA

Persekutuan Australia terbentuk dari tahun

1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia

menjadi negeri-negeri Komanwel Australia.

Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah

penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba,

tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes,

perdana menteri New South Wales, mendesak

para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah

kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak

percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan

menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan

tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898,

dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa

penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan

dan penduduk Australia mengundi untuk

membentuk sebuah persekutuan. Duke of York,

kemudian bergelar Raja George V,

mengisytiharkan Komanwel Australia pada

1 Januari 1901.

UMUM 
ADAMS, JOHN QUINCY

Adams, John Quincy (1767–1848) ialah

presiden keenam Amerika Syarikat (1825–1829).

Ayahnya, John Adams, ialah presiden kedua

Amerika. John Quincy Adams mengusulkan

program perundangan yang hebat, tetapi dia gagal

mendapat sokongan Kongres.

UMUM 
PERGERAKAN DUA PULUH ENAM JULAI

Pergerakan dua puluh enam Julai ialah

sebuah kumpulan revolusi Cuba yang diketuai oleh

Fidel Castro yang menggulingkan diktator

Fulgencio Batista pada tahun 1959. Ia diberi nama

sempena tarikh pada tahun 1953 apabila Castro

gagal menawan berek askar di Santiago de Cuba.

UMUM 
MIRANDA, FRANCISCO DE

Miranda, Francisco de (1750–1818) ialah patriot

Venezuela yang bertempur dalam Revolusi Amerika,

Perancis, dan Sepanyol-Amerika. Dia mengetuai

pengisytiharan kemerdekaan Venezuela daripada

Sepanyol pada tahun 1811. (Lihat Venezuela

[Perjuangan untuk menuntut kemerdekaan]). Dia

gagal menjadi diktator dan menyerahkan kuasanya

kepada Royalist. Simón Bolívar dan bekas orang

bawahannya menyerahkan Miranda kepada kerajaan

Sepanyol (lihat Bolívar, Simón). Miranda meninggal

dunia di dalam kurungan bawah tanah di Sepanyol.

Dia lahir di Caracas.

UMUM 
MIOKARDITIS

Miokarditis ialah keradangan tisu otot yang

membentuk dinding jantung. Otot-otot yang

dinamakan miokardium, menjalankan tugas dengan

mengepam jantung. Kes-kes miokarditis yang

sederhana wujud tanpa dapat dikesan. Kes-kes yang

teruk boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi,

suatu keadaan di mana jantung tidak dapat

mengepam darah secukupnya seperti yang

dikehendaki oleh badan.

UMUM 
SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN

SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN ( ? – 1933), Raja Patani (1898 – 1902).  Baginda menggantikan ayahandanya, Sultan Sulaiman Sarifuddin yang mangkat pada tahun 1898.  Setelah sebulan dilantik sebagai Raja Patani, Sultan Abdul Kadir ke Bangkok untuk mendapat pengiktirafan daripada Raja Chulalongkorn, Raja Siam, tetapi gagal.  Sultan Abdul Kadir berangkat ke Singapura untuk menemui Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham, bagi mendapat sokongan British untuk membebaskan Patani dari Siam.  Usaha baginda gagal kerana British tidak mahu memburukkan hubungan antara kerajaan British dengan kerajaan Siam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERANG KEDAH-SIAM

PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah.  Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839.  Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala.  Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian.  Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
ADAMS, SAMUEL

Adams,  Samuel (1722–1803) ialah patriot dan

ahli politik Amerika yang mencetuskan tentangan

terhadap pemerintahan British di tanah jajahan

Amerika Utara. Walau bagaimanapun, Adams mencuba

menjadikan rakyat berusaha menuntut hak mereka

secara aman melalui jawatankuasa dan mesyuarat

lain. Dia sanggup menjustifikasi tentangan secara

keganasan terhadap Great Britain hanya jika segala

usaha lain gagal. Adams ialah penandatangan

Perisytiharan Kemerdekaan.

UMUM 
123

Kembali ke atas