Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.lau] | ݢالاو

Definisi : kebisingan, kekacauan;bergalau terlalu ramai dan sibuk, kacau-bilau: bunyi suara orang ~ datang dr arah belakang rumah; tiada sesuatu pun dapat dikatakannya walaupun di dlm dadanya bergelora perasaan yg ~ dan bergolak; ~ orang di pasar sangat ramai; fikirannya ~ fikirannya keliru;kegalauan 1. kebisingan, kekalutan: tatkala berhadapan dgn ~, berkidung-kidunglah agar sukmanya tenteram; 2. kekeliruan: ~ fikiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galau


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAINI OJE @ OZEAZAINI OJE @ OZEA (1951-      ), penulis, aktivis kesusasteraan dan kesenian.  Dia lahir pada 12 Februari 1951 di Kampung Rajang, Sarikei, Sarawak.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abang Galau, Kampung Rejang, Sarikei dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Three Rivers, Mukah.  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri.  Pada tahun 1973, dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris.  Dia juga memperoleh Diploma In Applied Linguistics dari RELC, Singapura pada tahun 1984/1985.  Di samping itu, dia pernah menghadiri Kursus Intensif Penulis dan Pengarah Drama TV (1975), Kursus Pengadilan Drama dan Tarian (1977) dan Bengkel Tradisi Lisan dan Kem Teater (1984).SASTERATokoh

Kembali ke atas