Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bergali Ph = menggali mengorek (kubur);menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; galian bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong; gali-galian bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam hasil tanaman yg digali; penggalian perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama;penggali 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gali I

Puisi
 

Duduk tak duduk gali lubang,
     Asal gali lubang juga;
Duduk tak duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tutup lubang,
     gali lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENCARI GALI

Mencari gali bererti mencari mendapan mineral

yang berharga. Pencari gali telah menjumpai

simpanan batu arang, petroleum, uranium dan

bahan-bahan bakar lain, yang amat penting kepada

industri. Mereka juga telah menjumpai longgokan

kuprum, berlian, emas, besi dan beberapa mineral

penting yang lain.

UMUM 
MILES, JOHN CAMPBELL

Miles, John Campbell (1883–1965), pencari gali

Australia yang menemukan singkapan bijih perak-plumbum

di Queensland pada tahun 1923 dan

menamakannya <i>Mount Isai>. Pada tahun 1925, <i>Mounti>

<i> Isa Mines Limited i> mengambil alih semua pajakan di

kawasan tersebut. Pada tahun 1942, syarikat itu

menemukan sebuah kawasan lipit kuprum yang luas

dan dalam, dan Mount Isa pun menjadi sebuah

bandar yang kaya (lihat Mount Isa). Miles lahir di

Melbourne, Victoria. Dia bekerja di ladang di barat

Victoria, New South Wales, dan Queensland

sebelum menjadi pencari gali emas pada tahun 1908.

UMUM 
NASH, JAMES

Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang

menemui kawasan emas di Gympie, Queensland,

Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang

penemuan emas memulakan salah satu daripada

kerubut emas yang terkenal dalam sejarah

Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash

menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar

Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit

ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya

mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang

dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian

apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun

1888, kerajaan Queensland memberinya kerja

sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie.

Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh

tan metrik batu granit didirikan sempena

menghormatinya di Taman Gympie.

Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah

ke Australia pada tahun 1857.

UMUM 
GEOLOGI PETROLEUM

Geologi petroleum ialah ilmu geologi yang menerapkan ilmu tentang petroleum, untuk digunakan dalam kerja-kerja mencari gali dan mengeluarkan petroleum dari perut bumi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIDisiplin Ilmu
SMITH, JAMES

Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai

<i>Smith Ahli Falsafahi>, menjumpai lombong yang

kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara

pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871.

Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining

Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi

ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888

sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith

lahir di George Town, Tasmania dan bekerja

sebagai perantis pengilang tepung dan mencari

gali emas di Victoria.

UMUM 
GELANG TANGAN

GELANG TANGAN, perhiasan wanita yang dipakai di pergelangan tangan. Gelang tangan dipakai semenjak zaman Neolitik. Beberapa gelang tangan batu telah dijumpai di beberapa tapak cari gali di Semenanjung Malaysia. Gelang tangan zaman Neolitik dibuat daripada jenis batu padu dan sebuah lubang ditebuk di tengah-tengahnya. Gelang tangan yang dipakai oleh Orang Asli  Semenanjung diperbuat daripada akar kayu, rotan, buluh betung, kayu keras dan kayu nyirih batu.

BUDAYAAlat/Alatan
PEKANBARU

PEKANBARU, kotamadya dan ibu kota Propinsi Riau, Sumatera, Indonesia.  Luas wilayahnya ialah 446, 50 km persegi yang terdiri daripada lapan kecamatan dan 45 desa.  Pekanbaru adalah kota pelabuhan yang berperanan cukup besar dalam mengeksport hasil hutan dan minyak dari Propinsi Riau.  Kota ini berkembang pesat dengan pembukaan kawasan cari gali minyak di Duri, Minas, Dumai, Pedada dan Lirik.  Kota ini juga merupakan pusat pemasaran hasil bumi, antara lain getah dan kayu rimba, dari daerah sekitarnya. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
LANGKASUKA

LANGKASUKA, kerajaan Melayu yang tertua pernah   wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut catatan China, <I style="mso-bidi-font-style: normal">Liang-shu,I> Langkasuka wujud sekitar abad ke-2 M. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Hikayat Merong Mahawangsa I> mencatatkan bahawa kerajaan ini terletak di bahagian barat negeri Kedah, iaitu di sekolah kaki Gunung Jerai. Daripada catatan China dan Arab, juga gali selidik yang dijalankan, di dapati kedudukan Langkasuka lebih kurang 4 km dari pekan Yarang di tebing kanan Sungai Patani di selatan negara Thai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas