ENSOR, JAMES | Ensor, James (1860–1949), pelukis dan pencetak Belgium. Dia menghasilkan gambarnya yang paling penting dari tahun 1880 hingga tahun 1900. | UMUM | |
SONAR | Sonar ialah peranti yang menggunakan tenaga bunyi untuk mengesan objek, mengukur jarak arah, dan kelajuannya; malah menghasilkan gambarnya. Perkataan sonar berasal daripada perkataan Inggeris sound navigation and ranging. | UMUM | |
EISENSTEIN, SERGEI MIKHAILOVICH | Eisenstein, Sergei Mikhailovich (1898–1948) ialah pengarah filem, ahli teori dan guru berbangsa Rusia. Dia terkenal kerana kaedah suntingan gambarnya yang dikenali sebagai montaj (susunan gambar dalam turutan untuk menunjukkan makna simbolik). | UMUM | |
DAGUERRE, LOUIS JACQUES MANDÉ | Daguerre, Louis Jacques Mandé (1787– 1851), pereka bentuk pentas dan pelukis Perancis yang pertama memperkenalkan bentuk fotograf yang popular. Gambarnya dikenali sebagai ‘daguerreotaip’. | UMUM | |
MAWSON, SIR DOUGLAS | Mawson, Sir Douglas (1882–1958), ahli geologi Australia dan penjelajah Antartika. Gambarnya terpampang pada wang kertas 100 dolar Australia. | UMUM | |