| UMI KALSUM | UMI KALSUM, kumpulan cerpen karya Jamil Suherman. Umi Kalsum diterbitkan oleh penerbit Nusantara pada tahun 1963. Kumpulan cerpen yang berukuran 13 cm x 18 cm ini mengandungi 94 halaman. “Umi Kalsum” adalah judul salah sebuah cerpen dalam kumpulan ini. Cerpen-cerpen lain ialah “Jadi Santri”, “Pesantren dan Kyai Kami”, “Main Gambus”, “Malam Mauludan”, “Kitab Jenggot dan Pemeluknya”, “Pendekar-Pendekar Kedungpring”, “Kesunyian Menjelang Malam”, dan “Penggali Kubur”. | SASTERA | Penerbitan |
| TARIAN TRADISIONAL | TARIAN TRADISIONAL, gerakan badan serta tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Tarian tradisional mula berkembang semenjak zaman kerajaan Sriwijaya. Kesan sejarah perkembangannya terdapat di beberapa kawasan seperti kerajaan Melayu di Patani, Kelantan dan Kedah. Kemunculan beberapa tarian rakyat dan tarian istana terus berkembang semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ataupun semasa zaman kemerosotannya. Jika tarian rakyat memperlihatkan ciri-ciri bermain secara spontan, lincah dengan aksi dan gerak bebas, tarian istana pula memperlihatkan susunan gerak perlahan dan lembut dengan iringan irama yang tenang. Tarian berunsur Arab Parsi seperti zapin, hadrah dan gambus turut tersebar sebagai tarian rakyat yang popular. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |