Netzahualc´oyotl (pend. 1 256 115) ialah bandar raya ketiga terbesar di Mexico. Netzahual´coyotl terletak di negeri Mexico dan sempadan Mexico City di sebelah timur. Untuk mengetahui lokasinya, lihat Mexico (peta politik). Netzahual´coyotl ditubuhkan pada tahun 1900 sebagai subbandar Mexico City. Ia tidak digabungkan sebagai bandar sehingga tahun 1963. Sejak tahun 1970, jumlah penduduk Netzahual´coyotl meningkat dua kali ganda. Perkembangan bandar yang cepat ini menimbulkan masalah. Antaranya termasuk kekurangan perumahan yang baik, kekurangan perkhidmatan asas di bandar, dan pencemaran. Penduduk bandar ini kebanyakannya golongan kelas pekerja. Beberapa buah kilang pengeluar tanam-tanaman beroperasi di sini. |