Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kayu utk memikul barang di atas bahu, galas, kandar, pengandar; 2. tangkai (pd timba telaga, pd tenggala); 3. batang dacing; 4. = ~ roda batang besi (kayu dsb) tempat roda berpusing, pasak (poros) roda, aci; ~ cincin pencengkam batu pd cincin; menggandar memikul, mengandar, menggalas; gandaran barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gandar I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RODA DAN GANDAR UMUM 
ANGKAT BERAT

Angkat berat merujuk kepada perbuatan

mengangkat beban yang disambungkan kepada

sebuah gandar besi. Ia merupakan  asas

dalam pertandingan sukan. Angkat berat juga

dikenali sebagai angkat tenaga atau <I>powerlifting I>.

UMUM 
SESENDAL

Sesendal ialah silinder berongga yang

digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam

bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat

elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin

digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi

untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga

mungkin digunakan untuk menyambungkan paip

dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya.

Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada

plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam

antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat

elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk

menebat sambungan litar.

UMUM 
SKRU

Skru ialah satah condong yang berpilin di

sekeliling acinya. Skru adalah satu daripada <i>enami>

<i>mesin ringkas i>yang dicipta pada zaman purba. Lima

lagi adalah tuas, roda dan gandar, rapi, satah

condong dan baji. Lihat Mesin (Enam mesin ringkas).

UMUM 

Kembali ke atas