ALAT GANGSA | ALAT GANGSA, alat yang terbentuk daripada tiga unsur utama iaitu kuprum (Cu), timah (Sn) dan plumbum (Pb). Alat yang diperbuat daripada gangsa meliputi pelbagai bentuk, seperti gendang, mangkuk, dan kapak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ZAMAN GANGSA, | ZAMAN GANGSA, kebudayaan prasejarah yang berasaskan penggunaan alat yang dihasilkan daripada tiga unsur logam utama iaitu kuprum (Cu), timah (Sn) dan plumbum (Pb). Penghasilan alat gangsa dikatakan yang terawal muncul pada Zaman Logam, yakni artifak daripada gangsa dihasilkan terlebih dahulu dan kemudiannya diikuti dengan penggunaan alat besi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
GENDANG GANGSA | GENDANG GANGSA, gendang yang diperbuat daripada gangsa termasuk bahagian atas sebagai palunya. Dengan sekeping logam nipis berbentuk tong, tanpa bahagian bawah, gendang gangsa dibentuk. Sebahagian besar gendang gangsa yang ditemui mempunyai ragam hias yang menarik dan mempunyai saiz antara 20 cm hingga 120 cm dengan berat 23 kg hingga 122.9 kg. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
GANGSA | | UMUM | |
ÖRE | Öre ialah duit syiling gangsa yang digunakan di Sweden. Ia bernilai satu per seratus daripada satu krona. | UMUM | |
ARMITAGE, KENNETH | Armitage, Kenneth (1916–2002) ialah pengukir Inggeris yang mendalami bidang figura separa abstrak yang diperbuat daripada gangsa. Banyak figura ini dibahagikan kepada kumpulan tertentu mengikut gaya pakaian yang telah diolah. | UMUM | |
MYCENAE | Mycenae ialah bandar di Greece purba yang terletak 10 kilometer ke utara Argos di bahagian selatan semenanjung. Ahli arkeologi Jerman, Heinrich Schliemann menemui lima tanah perkuburan diraja di Mycenae pada tahun 1876. Penemuan ini telah memulakan penyelidikan tentang Zaman Gangsa di tanah besar Greece. Kubur-kubur yang dikenali sebagai <i>Perkuburani> <i> Shaft i> , mengandungi permata, senjata-senjata gangsa, dan lain-lain objek yang diperbuat daripada gangsa, emas dan perak. | UMUM | |
KUPU-KUPU CODLING | Kupu-kupu codling ialah kupu-kupu kecil berwarna perang dan gangsa. Beluncas kupu-kupu ini menyebabkan kerosakan teruk pada epal. Ia juga memusnahkan buah seperti pear, kuins dan walnut. Kupu-kupu codling yang berasal dari Eropah, kini hidup di semua bahagian di dunia. | UMUM | |
SKROL | Skrol ialah segulung kertas, kertas kulit, atau bahan lain yang digunakan untuk ditulis di atasnya. Kebanyakan skrol digulung pada gangsa, gading, atau kayu. Ada kalanya penggulung ini dihiasi di kedua-dua hujungnya dengan tombol kecil atau hiasan lain. Tombol melindungi skrol dan memudahkannya dipegang. Skrol biasanya ditutup pada kedua-dua hujung, dan apabila ia digunakan gulungnya dibuka daripada satu rod dan digulungkan pada rod yang satu lagi. | UMUM | |
PERISAI | Perisai ialah sejenis balutan yang digunakan khusus untuk perlindungan ketika dalam peperangan. Sejak berabad-abad lamanya, bahan seperti kulit haiwan, gangsa, dan keluli telah digunakan untuk membuat perisai. Hari ini, perisai digunakan terutamanya pada kapal, kereta kebal, dan juga kenderaan tentera yang lain. | UMUM | |