Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pam­pas­­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wang atau barang utk silihan kerugian, pampasan; mengganti rugi memberikan sesuatu atau membuat bayaran utk mengatasi atau meluputkan kerugian yg dialami oleh seseorang dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wang, barang dll yg diberikan utk menyilih kerugian orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GANTI RUGI UMUM 
KECUAIAN SERTAAN

Kecuaian sertaan atau kesalahan bersama ialah satu bentuk pembelaan dalam satu tindakan dalam Common Law bagi mendapatkan ganti rugi atas kecederaan atau kemudaratan yang timbul disebabkan kecuaian sesuatu pihak.

UNDANG-UNDANGKonsep
LAPAU

LAPAU, hukuman adat di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan dan Murut di Sabah. Lapau merupakan ganti rugi yang wajib diberikan oleh seorang suami atau isteri yang melakukan zina dengan orang lain. Orang Dusun dan Murut menganggap berzina sebagai satu kesalahan adat., Mereka juga percaya bahawa tindakan itu boleh menggugat keharmonian kampung dan juga ahli keluarga pihak yang terlibat.

BUDAYAAdat
TEBUS TALAK

TEBUS TALAK, pembayaran daripada isteri yang memohon talak daripada suaminya. Jumlah bayaran ditentukan oleh suami. Pembayaran ini merupakan ganti rugi daripada isteri kepada suami akibat talak tersebut. Keadaan seumpama ini berlaku apabila pihak suami enggan menceraikan isteri tetapi isteri sudah tidak boleh lagi hidup di samping suami. Kadangkala jika isteri tidak mampu membayar tebusan dan kes tersebut tidak dirujuk kepada hakam, isteri mengambil sikap meninggalkan pihak suami (nusus). Suami pula masih enggan menceraikannya. Keadaan ini menyebabkan isteri tersebut digantung tidak bertali.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas