AIR MINERAL | Air mineral yang juga dikenali air terudara atau air galian ialah mata air yang mengandungi jirim mineral atau gas yang tinggi. Jirim mineral termasuk garam, garam Epsom, kapur, magnesia, besi, silika, boron, fluorin, dan banyak lagi jirim lain, termasuk juga bahan radioaktif. | UMUM | |
GARAM KIMIA | | UMUM | |
GARAM HIDU | | UMUM | |
GARAM GLAUBER | | UMUM | |
GARAM | | UMUM | |
TAWAS | Tawas ialah nama kumpulan tertentu garam ganda dua. Garam ganda dua terdiri daripada dua garam ringkas yang membentuk hablur bersama-sama dalam perkadaran yang sama. | UMUM | |
SESIUM | Sesium ialah unsur logam lembut, berwarna keperakan. Garam sesium larut, seperti sesium karbonat dan sesium klorida, tersebar banyak dalam kepekatan rendah dalam air garam dan air mineral. Ahli sains Jerman, Robert Bunsen dan Gustav Kirchhoff mengesan sesium pada tahun 1860. Pada tahun 1882, ahli kimia Carl Setterberg mengasingkan logam tulen. | UMUM | |
SYRACUSE | Syracuse (pend. 163 860; pend. kaw. met. 659 864) ialah pusat industri untuk negeri New York, Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai Bandar Garam kerana mengeluarkan banyak garam. Syracuse terletak di sepanjang Tasik Onondaga di tengah New York. | UMUM | |
DAHAGA | Dahaga ialah keadaan yang menyebabkan badan memerlukan air. Persekitaran dalaman badan (organ dan tisu) memerlukan sejumlah air dan garam untuk berfungsi dengan baik. Terlalu banyak atau terlalu kurang air atau garam boleh memusnahkan dan merosakkan sel. Oleh sebab itu, manusia dan haiwan perlu mengawal pengambilan air. | UMUM | |
SIANIDA | Sianida ialah nama garam logam yang mengandungi kumpulan CN (atom karbon yang terangkai kepada atom nitrogen). Natrium sianida (NaCN) dan kalium sianida (KCN) adalah bahan kimia industri yang penting. Kedua-duanya digunakan dalam proses memisahkan emas dan perak daripada bijih, dan dalam proses pengerasan logam. Asid kuat bertindak balas dengan logam sianida untuk membuat gas beracun hidrogen sianida (HCN). Sianida organik adalah nitril . Akrilonitril, yang dibuat daripada sianida, adalah penting dalam pembuatan fabrik, plastik, dan getah sintetik. Ahli kimia menggunakan larutan sianida dalam elektropenyaduran dan dalam pembuatan ubat dan lain-lain bahan kimia. Lihat juga Asid prusik; Kebuk gas. | UMUM | |