Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : 1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula;menggarang 1. menjadi garang (bkn anjing dll), membuas, mengganas, menggalak; 2. = menggarangkan memberanikan, mengganaskan; menggarangkan 1. menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan; 2. menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah: warna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembutkan atau ~ warna-warna yg bersebelahan;kegarangan perihal garang: lambang api jelas membawa suasana ~ dan kegigihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : Jw; menggarang memanggang, memanaskan (mengeringkan di atas api): ~ tembakau;garangan; tembakau ~ tembakau yg dikeringkan dgn diganggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : ; garangan Mn ®gerangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : 1 suka menyerang serta dgn buasnya: Di rumahnya, ada seekor anjing yg sangat ~. 2 suka marah-marah dgn bengisnya: Emak Si Ali itu sangat ~ orangnya. 3 terang serta bercahaya (ttg warna): Bunga-bunga yg ~ warnanya ini menarik perhatian burung yg berterbangan di angkasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garang

Puisi
 

Ketok-ketok harimau garang,
     Keling pandai cakap Jawa;
Harimau batuk buaya mengerang,
     Kucing di rumah sakit kepala.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Bermaksud :

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOMOK TASMANIA

Momok Tasmania ialah haiwan garang yang

hidup di pulau Tasmania, Australia. Ia memakan

mamalia dan reptilia kecil berserta bangkai haiwan

yang dijumpainya. Ia memburu terutamanya pada

waktu malam dan menghabiskan waktu siang di

gua, dalam rongga batang kayu atau di tempat

perlindungan yang lain. Momok Tasmania lebih

kurang satu meter panjangnya, termasuk ekornya

yang lebih kurang 30 sentimeter panjangnya.

Kebanyakannya berbulu hitam dengan tanda-tanda

putih, tetapi sesetengahnya berwarna hitam

seluruhnya. Momok Tasmania adalah marsupial.

Marsupial betina melahirkan anak yang tidak

terbina dengan baik. Seperti kebanyakan

marsupial, anak momok Tasmania dibawa dalam

kantung di perut ibunya tempat ia meminum susu

ibunya sehingga ia membesar dengan lebih

sempurna.

Pengelasan saintifik. Momok Tasmania tergolong

dalam famili marsupial Dasyuridae. Ia adalah Sarcophilus

harrisii .

UMUM 
SKUA

Skua, juga dikenali sebagai skua besar ialah

burung pemangsa yang hidup hampir sepanjang

tahun di lautan. Skua adalah burung yang garang,

mempunyai paruh yang kuat bengkok dan bulu

berwarna perang dan putih. Skua didapati jauh di

tengah lautan, tempat ia menyerang burung camar

dan tarn, merampas ikan yang telah ditangkap oleh

burung-burung ini. Di darat, ia juga memakan

burung kecil dan telurnya.

UMUM 
AMBERJACK

Amberjack ialah ikan buruan yang besar,

berenang laju yang terdapat di lautan panas dan

tropika. Mereka yang memancing untuk sukan

menghargai amberjack kerana kebolehannya

melawan dengan garang apabila termakan umpan.

UMUM 
MUHAMMAD SALEHUDDIN

MUHAMMAD SALEHUDDIN (1914-1982), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 10 Januari 1914 di Teluk Panglima Garang, Selangor. Nama penuhnya ialah Muhammad Salehuddin @ Ismail bin Abdul Jalil. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Panglima Garang, Selangor dan lulus Darjah Lima pada tahun 1926. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese School, Kelang dan selepas beberapa bulan kemudian berpindah ke Sekolah Tinggi Kelang hingga lulus peringkat Junior Cambridge. Dia lulus Senior Cambridge pada tahun 1935 di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

SASTERATokoh
RENJER ROGERS

Renjer Rogers ialah peninjau bagi Tentera

British semasa Perang Tujuh Tahun (1756–1763).

Robert Rogers (1731–1795) mengetuai pasukan

renjer itu. Dia terkenal sebagai seorang komander

yang berani dan pengikutnya sentiasa mengikut ke

mana sahaja dia pergi. Para anggotanya terdiri

daripada orang yang garang dan kasar serta tidak

berdisiplin. Mereka selalu menghadapi masalah

dengan pegawai atasan.

UMUM 
ORANG SIMERIA

Orang Simeria ialah orang nomad yang tinggal

di kawasan yang kini terletak di selatan Ukraine,

kira-kira tahun 1200 S.M. hingga tahun 700 S.M.

Mereka mendiami satu kawasan di utara Gunung

Caucasus berhampiran Laut Hitam. Mereka

menunggang kuda dan menggunakan busur dan

panah, dan terkenal sebagai pahlawan yang

garang. Mereka adalah antara kumpulan nomad

pertama yang menakluki Asia Kecil (kini Turki) dari

sebelah utara.

UMUM 
O'KEEFFE, GEORGIA

O’Keeffe, Georgia (1887–1986) ialah pelukis

wanita Amerika yang mendapat kebanyakan

ilhamnya daripada alam semula jadi. Lukisan

bunganya yang dihasilkannya sepanjang

kerjayanya merupakan karyanya yang terkenal.

Dia juga terkenal kerana lukisan tengkorak haiwan

dan landskap gurun. Dia melukis dengan stail

yang begitu tersendiri, menggunakan warna yang

terang dan garang. Bentuk-bentuk yang

dilukisnya begitu halus dan mudah, lazimnya

dalam reka bentuk yang sangat abstrak.

UMUM 
SENI TERA JEPUN

Seni tera Jepun ialah sejenis ilustrasi Jepun

yang dicetak di atas kertas dengan menggunakan

bongkah kayu yang telah diukir. Kebanyakan seni

tera Jepun yang terkenal dihasilkan dari tahun

1600-an hingga akhir tahun 1800-an. Seni tera ini

terkenal kerana coraknya yang sangat menarik,

warnanya yang garang dan juga kerana mutu

teknikalnya.

UMUM 
ASPEN

Aspen ialah nama tiga spesies pokok poplar saiz

sederhana yang terdapat di Hemisfera Utara.

Aspen mempunyai kulit yang licin, berwarna

cerah dan mempunyai daun yang mungkin

berbentuk tiga segi, berbentuk hati atau bulat.

Daunnya mempunyai tangkai yang panjang, leper

dan bergetar-getar atau berayun-ayun apabila

ditiup bayu lembut. Pada musim gugur, daun

aspen berubah menjadi kuning garang.

UMUM 

Kembali ke atas