Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gayanya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NASH, BEAU

Nash, Beau (1674–1762) ialah peraga Inggeris

yang terkenal dengan pakaiannya yang menarik

dan gayanya yang anggun. Pada tahun 1704, dia

menjadi pengacara majlis di Bath. Banyak

bangunan dan jalan yang cantik di Bath, serta

kejayaannya sebagai tempat peranginan adalah

berpunca daripada pengaruh Nash. Nash lahir di

Swansea dan diberi nama Richard Nash. Dia

menuntut di Oxford University dan kemudian

belajar undang-undang di Temple, London. Dia

menjadi pegawai tentera dan juga seorang kaki

judi.

UMUM 
OWEN, GORONWY

Owen, Goronwy (1728–1769?) ialah penyair dan

paderi Wales. Dia paling diingati kerana puisinya

yang berirama cywydd orang Wales (sejenis oda).

Puisi ini menunjukkan kepakaran Owen dalam

bahasa Wales dan keaslian gayanya. Karyanya yang

paling dikenali ialah tulisan awalnya Calendr Y

Carwr (The Lover’s Calendar) dan Cywydd Y Farn

Fawr (Ode on the Last Judgement). Owen lahir di

Rhos Fawr, Anglesey, Wales. Dia memasuki

Oxford University dan berkhidmat sebagai

pembantu paderi dan guru besar di Shropshire

dan London. Owen mengajar di Williamsburg, di

Virginia, Amerika Syarikat dari tahun 1760

sehingga kematiannya.

UMUM 
PICASSO, PABLO

Picasso, Pablo (1881–1973) ialah pelukis yang

terkenal pada tahun 1900-an. Dia dikenali kerana

arca, lakaran, grafik, dan seramiknya. Dari

beberapa segi, dia memiliki ciri pelukis tahun

1900-an yang tipikal kerana sentiasa menyambut

baik keadaan, suasana dan cabaran yang berubah-

ubah dengan amat pantas. Gayanya yang mencari-

cari menjadikannya pelopor dalam melahirkan

kerumitan pada tahun 1900-an.

UMUM 
TENNANT, KYLIE

Tennant, Kylie (1912–1988 ) ialah pengarang

Australia yang memperoleh reputasi utama sebagai

penulis novel dengan terbitnya Tiburon pada tahun

1935, dan The Battlers (1941). Tiburon memenangi

S.H. Prior Memorial Prize pada tahun 1935. Novel

Tennant yang lain, termasuklah Foveaux (1939), Ride

On, Stranger (1943), dan The Honey Flow (1956).

Gayanya terserlah melalui pemikiran, semangat,

kelucuan dan kebijaksanaan. Beberapa buah bukunya

menyentuh masalah masyarakat. Dia juga menulis

drama. Dramanya, Tether a Dragon, memenangi

Commonwealth Jubilee Stage Play Competition pada

tahun 1952. Pada tahun 1960, dia memenangi

Children’s Book Award dengan bukunya yang

berjudul All the Proud Tribesmen . Tennant lahir di

Sydney.

UMUM 
TAMAYO, RUFINO

Tamayo, Rufino (1899–1991) ialah pelukis

Mexico yang penting. Dia dikenali kerana caranya

melukis bentuk manusia, haiwan dan alam benda

yang berani dan berwarna terang. Tamayo melukis

dengan cara separa abstrak, dengan mengherot-benyotkan

bentuk supaya kelihatan penuh perasaan.

Lukisannya menggambarkan pengaruh budaya

rakyat, sejarah dan landskap Mexico. Berbeza

dengan pelukis-pelukis terkenal Mexico yang lain

yang seangkatan dengannya, Tamayo jarang

menekankan nasionalisme atau ideologi politik.

Tamayo lahir di Oaxaca, Mexico. Semasa awal

tahun 1920-an, dia bekerja melakar arca purba

Orang Asli Amerika untuk National Museum of

Anthropology di Mexico City. Pada tahun 1930-an

dan awal tahun 1940-an, gayanya telah bertukar

kerana dipengaruhi oleh pendedahannya kepada

hasil kerja pelukis moden dari Eropah, seperti

Georges Braque, Joan Miró dan Pablo Picasso.

Bermula pada tahun 1970, lukisan Tamayo menjadi

lebih abstrak dan berfalsafah, dan sering meneroka

hubungan manusia dengan alam semesta.

UMUM 

Kembali ke atas