Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lem.bung] | ݢلمبوڠ

Definisi : 1. sesuatu yg berisi udara, bola-bola air (sabun, buih, dll); 2. = gelembungan bola-bola getah permainan budak-budak, belon; ~ paru Id gelembung dlm paru-paru; gelembung-gelembungan; main ~ permainan membuat gelembung-gelembung drpd air sabun dll;bergelembung, menggelembung menjadi kembung kerana berisi udara dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lem.bung] | ݢلمبوڠ

Definisi : 1 bebola kecil yg terjadi drpd air sabun dll dan mengapung di udara. 2 bebola air yg timbul ke permukaan sesuatu benda cair, spt ketika air menggelegak. 3 lompang berisi udara yg terdapat dlm benda-benda cair yg sudah beku. 4 = gelembungan bebola getah yg tipis; belon. bergelembung ada gelembung. menggelembung menjadi gelembung kerana berisi udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelembung


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STIROFOAM

Stirofoam ialah nama dagang bagi satu bentuk

plastik yang dikenali sebagai busa polistirena. Ia

mengandungi berjuta-juta gelembung udara yang

halus, yang menjadikannya nipis dan pengalir haba

yang tidak baik. Stirofoam hanya menyerap air

dalam kadar yang amat sedikit, manakala bakteria

dan kulapuk tidak boleh merosakkannya.

UMUM 
AIR MATA JOB

Air mata Job ialah sejenis rumput tinggi yang

hidup dalam iklim tropika. Rumput ini dinamai

demikian kerana gelembung bak titisan air mata

yang mengandungi bijinya yang matang. Rumput

ini ada kaitan dengan jagung, dan ditanam di Asia

untuk mendapatkan bijirinnya. Di Jepun, bijinya

digunakan untuk membuat teh.

UMUM 
SERBUK PENAIK

Serbuk penaik ialah serbuk putih yang

digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik .

Tukang masak menambahkannya kepada adunan

tepung sebelum membakarnya. Bahan kimia dalam

serbuk penaik bertindak balas dengan udara dan

cecair (biasanya air atau susu) untuk membentuk

gas karbon dioksida. Gelembung karbon dioksida

terperangkap dalam adunan tepung. Gelembung

ini mengembang apabila ia dipanaskan dan

menjadikan adunan naik.

UMUM 

Kembali ke atas