Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ma.lai] | ݢمالاي

Definisi : 1. melambai-lambai (bkn daun nyiur dll), berayun-ayun; 2. lemah dan manis (gerak tubuh dll); lemah ~ melenggok-lenggok manis (gerak tubuh seseorang gadis); bergemalai melambai-lambai (ditiup angin): daun-daun kelapa ~ dipupuk bayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemalai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAPHAEL

Raphael (1483–1520), salah seorang daripada

pelukis yang paling agung dan berpengaruh pada

zaman Renaissance Itali. Lukisan bentuk badan

manusia yang lemah-gemalai dan gubahannya

yang berketerampilan itu mempengaruhi para ahli

seni lukis sehingga awal tahun 1900-an. Tempoh

kegiatannya masih lagi dikenali sebagai zaman

Renaissance Tinggi.

UMUM 
RAMA-RAMA

Rama-rama merupakan salah satu serangga

yang paling cantik. Manusia terpesona dengan

sayap rama-rama yang berwarna-warni, halus, dan

cantik. Kecantikan dan gaya lemah-gemalai rama-rama

memberi ilham kepada pelukis dan penyair.

UMUM 
KELPIE AUSTRALIA

Kelpie Australia ialah anjing biri-biri yang

benar-benar aktif dan sangat bijak dengan naluri

semula jadi untuk mengawal biri-biri dan yang

tidak mengenal penat untuk bekerja. Kelpie adalah

anjing yang gemalai, berotot dan berlari dengan

pantas. Kelpie berasal daripada anjing collie

Scotland berbulu pendek. Anjing ini mempunyai

bulu yang pendek dan telinga yang tegak. Warna

bulunya adalah hitam, sawo matang, merah,

perang muda, coklat atau biru asap. Pemenang

lumba percubaan anjing biri-biri Australia yang

pertama pada tahun 1872 dikenali sebagai Kelpie

(bahasa Gaelic bagi pari-pari air) dan nama bakanya

diperoleh daripada jualan anak Kelpie.

UMUM 
SENI ARCA

Seni arca adalah satu daripada seni yang paling

kompleks. Walaupun perkataan seni arca pada

asalnya bermakna memotong dan melibatkan

teknik mengukir, tetapi objek yang dibentuk

dikenali sebagai arca. Contoh arca berbeza-beza

daripada arca yang berkuasa oleh Michelangelo

hingga kepada topeng upacara orang Afrika, dan

daripada patung batu yang menghiasi katedral

hingga kepada gegantung (mobile) logam yang

berayun gemalai apabila ditiup angin.

UMUM 
SONATA

Sonata ialah gubahan instrumental yang

mengandungi beberapa pergerakan. Sesebuah

sonata mempunyai kontras tempo dan kekunci,

tetapi pergerakannya adalah berkaitan antara satu

sama lain dari segi pemikiran. Sonata yang digubah

selepas pertengahan tahun 1700-an mengandungi

tiga atau empat pergerakan. Sonata klasik biasa

bermula dengan alegro yang hebat (pergerakan

rancak). Pergerakan kedua perlahan, berirama, dan

berlirik. Pergerakan ketiga yang hanya merupakan

pilihan, biasanya ringan dan lemah gemalai, dan

mungkin dalam bentuk tarian atau scherzo

(gurauan). Pergerakan terakhir atau finale mengikut

rentak rancak dan riang. Lihat juga Muzik klasik

(Bentuk sonata).

UMUM 
TARIAN KENYAH

TARIAN KENYAH, tarian suku kaum Kenyah di Sarawak. Kebanyakan suku kaum Kenyah terdapat di kawasan Telang Usan, Baram, Balui dan Belaga. Suku kaum ini juga amat erat hubungan budayanya dengan suku kaum Kayan. Seperti juga kaum Kayan, masyarakat Kenyah  dikenali justeru tarian tradisionalnya yang unik dan pelbagai jenis. Kebanyakan daripada tarian ini lemah gemalai dan menarik.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas