Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gene


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUTRY, GENE

Autry, Gene (1907–1998), penyanyi, pelakon,

penulis lagu, dan eksekutif perniagaan Amerika. Dia

menjadi terkenal kerana peranannya sebagai

seorang penyanyi koboi di dalam filem-filem Barat

dari tahun 1930-an hingga tahun 1950-an. Orvon

Gene Autry lahir di Tioga, berdekatan Pilot Point,

Texas, Amerika Syarikat. Dia mula merakamkan lagu-

lagu koboi pada tahun 1929 dan mencipta rekod

kegemaran ramai “That Silver-Haired Daddy of

Mine”, buat kali pertamanya, pada tahun 1931. Autry

menulis lebih daripada 250 buah lagu, termasuk

yang menjadi kegemaran ramai seperti “Tears on

My Pillow” (1941) dan “Here Comes Santa Claus”

(1947). Dia juga membuat rakaman popular lagu

“Back in the Saddle Again” (1939), “Rudolph the Red-

Nosed Reindeer” (1949), “Frosty the Snowman“ (1950)

dan “Peter Cottontail” (1950).

UMUM 
KRUPA, GENE

Krupa, Gene ( 1909–1973) ialah pemuzik jaz pertama

yang mempopularkan dram sebagai alat muzik

solo.

UMUM 
MORGAN, THOMAS HUNT

Morgan, Thomas Hunt (1866–1945), ahli

genetik Amerika, menerima Hadiah Nobel pada

tahun 1933 bagi bidang fisiologi atau perubatan

atas kajiannya mengenai keturunan sebagaimana

yang tercatat dalam buku The Theory of the Gene

(1926). Dia menunjukkan melalui eksperimennya

bahawa ciri-ciri tertentu diturunkan dari satu

generasi ke satu generasi melalui gen (lihat

Keturunan [Kelahiran genetik]).

UMUM 
SARDOU, VICTORIEN

Sardou, Victorien (1831–1908) ialah salah seorang

daripada penulis drama Perancis yang berjaya pada

zamannya. Dia juga berbakat menulis komedi ringan

( A Scrap of Paper, 1860), melodrama ( La Tosca, 1887)

dan drama sejarah ( Madame Sans–Gêne, 1893).

Karya Sardou adalah contoh drama yang baik

yang dibina dengan berhati-hati berdasarkan

formula yang menjadikan plotnya jelas dan teratur

tetapi tidak mengandungi makna yang mendalam.

Kebanyakan karya Sardou ditulis untuk pelakon

wanita Perancis Sarah Bernhardt. Dia lahir di Paris.

UMUM 

Kembali ke atas