SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI | Sistem maklumat untuk menjana data geografi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sistem |
GEOGRAFI | | UMUM | |
STRABO | Strabo (63 S.M.?– 24 M.?) ialah ahli geografi dan sejarah Yunani. Dia menjadi terkenal kerana penulisan Geography sebanyak 17 jilid yang memerihalkan seluruh bahagian dunia yang diketahui ketika itu. Jilid-jilid tersebut adalah sumber maklumat geografi yang terbaik tentang negara-negara Mediterranean pada permulaan Zaman Kristian. Strabo juga menulis suatu sejarah yang panjang tetapi kini telah hilang. Dia lahir di Amasia, Pontus. Dia menuntut di Rom dan Iskandariah, dan mengembara ke negara Arab, selatan Eropah, serta utara Afrika. | UMUM | |
MAQDISIY, SHAMS AL-DIN ABU ‘ABDULLAH AL- | Maqdisiy, Shams al-Din Abu ‘Abdullah, al- (335–390 H./946–1000 M.), salah seorang pakar geografi Islam yang menulis perihal sempadan geografi negara. | UMUM | |
MORAVIA | Moravia ialah sebuah kawasan geografi di Republik Czech. Kawasan tersebut meliputi 26 097 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai empat juta orang. Brno ialah bandar terbesar di Moravia dan kedua terbesar di Republik Czech. Hanya Prague mempunyai lebih ramai penduduk daripadanya. Dalam bahasa Czech, Moravia dikenali sebagai Morava. | UMUM | |
YORKSHIRE | Yorkshire ialah kawasan geografi yang besar di bahagian timur laut England. Ia meliputi kaunti Yorkshire Utara, East Riding of Yorkshire, sembilan daerah metropolitan yang membentuk selatan dan barat laut Yorkshire, dan York bandar katedral purba. Hampir keseluruhan wilayah Yorkshire Utara merupakan desa. | UMUM | |
THE MIDLANDS | The Midlands ialah wilayah geografi yang terletak di tengah-tengah England. Istilah ini biasanya digunakan untuk kaunti-kaunti Leicestershire, Northamptonshire, Warwickshire, Derbyshire, Staffordshire, dan Nottinghamshire. The Midlands merangkumi dua kawasan batu arang yang penting, iaitu Staffordshire dan kawasan di sekeliling Stoke-on-Trent yang dikenali sebagai Potteries . Kawasan ini ialah kawasan pembuatan tembikar dan porselin yang paling penting di dunia. Kawasan perindustrian yang dikenal sebagai Black Country terletak di selatan Staffordshire. Bandar utama di Midlands ialah Birmingham, yang juga bandar kedua terbesar di United Kingdom. | UMUM | |
YANGON | Ibu negara Myanmar. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
STEIN, SIR AUREL | Stein, Sir Aurel (1862–1943) ialah orientalis, penjelajah, dan ahli arkeologi Romania. Dia menjalankan penyelidikan geografi di Kashmir dan sempadan barat laut India. Dia juga menemui perkaitan yang mungkin wujud antara tamadun di sepanjang Sungai Indus dengan Sungai Euphrates di Baluchistan dan Parsi. Stein merupakan perintis yang membuat peninjauan dari udara untuk penyelidikan geografi. Buku Stein termasuk An Archaeological Tour in Gedrosia (1931) dan On Old Routes of Western Iran (1940). Stein lahir di Budapest, Hungary dan menuntut di Dresden, Jerman. Dia menjadi rakyat British pada tahun 1904. | UMUM | |
YAMAN | Negara di Timur Tengah. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |