Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ring] | ݢريڠ

Definisi : bd sakit, uzur; ~ bersalin sakit hendak bersalin; ~ hulu pening kepala; ~ tengah sakit perut; kegeringan perihal gering; penggering 1. sentiasa sakit; 2. mantera utk menyakitkan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ring] | ݢريڠ

Definisi : bd tidak sihat; sakit; uzur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gering


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OLAV V

Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada

tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII,

mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke

Norway semasa berusia dua tahun. Baginda

memasuki Norwegian War College dan Oxford

University. Baginda sering berkhidmat sebagai

pemangku raja semasa ayahanda baginda gering.

Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway

dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya,

Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun

1954.

UMUM 
MASJID UBUDIAH

MASJID UBUDIAH, antara masjid yang tercantik Perak.  Masjid ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.  Masjid ini dibina dengan titah Sultan Idris Murshidul Azam Syah, Sultan Perak (1887-1916).  Baginda bernazar untuk mendirikan sebuah masjid setelah baginda pulih daripada gering.  Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris meletakkan batu asas pembinaan masjid tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak

Kembali ke atas