Nautilus ialah haiwan laut yang mempunyai badan yang lembut yang sebahagiannya ditutup oleh cangkerang yang berlingkar. Nautilus tergolong ke dalam kelas haiwan yang sama dengan sotong dan sotong kurita. Cangkerang nautilus mengandungi kira-kira 30 ruang yang digarisi oleh bahan berwarna pelangi yang dikenali sebagai gewang atau nakre . Bahan ini menyebabkan haiwan ini juga biasanya dikenali sebagai nautilus mutiara . Nautilus tinggal pada kedalaman antara enam meter hingga 300 meter di Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Hindi. Ia makan ketam dan haiwan krustasia lain. Terdapat kira-kira enam jenis spesies nautilus yang ada pada hari ini. Sekurang-kurangnya terdapat 2000 bentuk fosil daripada jenis ini yang diketahui. |