Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gha.ni] | ‌غني

Definisi : Ar kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghani


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL GHANI MINHAT

Abdul Ghani Minhat (1935-         ) pemain bola

sepak Malaysia. Dia lahir pada 31 Disember 1935 di

Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala

Lumpur. Kerjaya bola sepak Ghani bermula setelah

dia terpilih mewakili pasukan bola sepak

sekolahnya, Princess Road School, di Kuala

Lumpur. Ketika berusia 14 tahun, dia menyertai

Kelab Bola Sepak Polis Depot. Pada tahun 1953, dia

mewakili pasukan Polis Depot dalam pertandingan

Hanningan Shield. Pada tahun 1954, dia terpilih

mewakili Selangor dalam Kejohanan Piala FAM dan

Piala Malaya. Dua tahun kemudian dia mewakili

pasukan negara dalam Kejohanan Piala Asia. Dalam

perlawanan ini, Malaya menewaskan Kemboja 9-2,

dan Ghani menjaringkan tujuh gol. Pada tahun

1956, Ghani membantu Selangor menewaskan

Singapura 2-0 untuk menjuarai Piala Malaya.

UMUM 
AISHAH GHANI, TAN SRI

Aishah Ghani, Tan Sri (1924– ), ahli politik

dan Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia (1973–

1984).

UMUM 
ABDUL GHANI GILONG

ABDUL GHANI GILONG, Datuk (1932- ), Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan (1970-1978). Dia lahir di Kampung Matan, Ranau, Sabah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
A. GHANI HAMIDA. GHANI HAMID (1933-  ), penulis dan pelukis Singapura.  Dia lahir pada 13 April 1933 di Kampung Singlap, Singapura.  Dia pernah memakai nama pena Kumbang Mas dalam penulisan cerpen.SASTERAKonsep
AISHAH GHANI, TAN SRI

AISHAH GHANI, Tan Sri (1924-     ), ahli politik dan Menteri Kebajikan Masyarakat (1973-1984). Dia lahir pada 5 Jun 1924 di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SALLEH GHANI

SALLEH GHANI (1922 – 1986), penulis, pelakon dan pengarah filem Melayu.  Dia lahir pada 3 Disember 1922 di Kampung Belemang, Muar, Johor.  Nama sebenarnya ialah Salleh bin Abdul Ghani.  Dalam bidang penulisan,  dia lebih gemar menggunakan nama pena seperti Megat Terawis dan Cenderawasih.   Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Bandar Penggaram, Batu Pahat, hingga Darjah 5 pada tahun 1939.

BUDAYATokoh
MUSA ABDUL GHANI

MUSA ABDUL GHANI (   ?  -   ?  ), penentang penjajahan British. Dia lahir di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia. Musa berhijrah ke Terengganu sekitar tahun 1888 untuk mendalami ilmu agama. Dia berkahwin dan menetap di Pulau Duyung Besar, Kuala Terengganu. Di kalangan penduduk tempatan, dia dikenal dengan panggilan Haji Musa Minangkabau.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDUL GHANI MINHAT, DATO'

Abdul Ghani Minhat, Dato’ (1935-     ), pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal pada tahun 1960-an. Beliau dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Rantau, Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan di Selangor setelah bapanya, seorang anggota polis, bertukar ke Polis Depot, Kuala Lumpur. Semasa belajar di Princess Road School, Kuala Lumpur (kini Sekolah Rendah Jalan Raja Muda) beliau terpilih mewakili pasukan bola sepak sekolahnya. Beliau menyertai Kelab Bola Sepak Polis Depot semasa berusia 14 tahun.

SUKANTokoh
TUK PULAU UBITUK PULAU UBI (1881-1955), ulama.  Dia lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani.  Dia digelar Tuk Pulau Ubi sempena nama pondoknya di Pulau Ubi, dekat Geting, Tumpat.  Di samping mendapat asuhan dan didikan daripada keluarganya, dia belajar di pondok Haji Abdul Malek, seorang tuk guru ternama di Kelantan pada suku terakhir abad ke-19, yang kebetulan membuka pondok di kampungnya.  Selepas itu, Tuk Pulau Ubi belajar di Patani dengan Haji Abdul Latiff, sepupu bapanya yang kemudian menghantarnya ke Makkah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
THE MALAY PRESS

THE MALAY PRESS, pencetak. The Malay Press atau Percetakan Melayu, Kuala Pilah ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Abdul Ghani Abdullah. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press diterbit dan diedarkan sepenuhnya oleh The Sentosa Store yang juga terletak di Kuala Pilah. Buku-buku dan majalah tersebut diedarkan ke seluruh Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, Brunei dan Borneo. Turut juga diedarkan ke wilayah berbahasa Melayu di selatan Thailand dan di beberapa buah negara di Asia Barat di mana terdapat pelajar Melayu menuntut di sana. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press meliputi buku bercorak agama, novel (roman), buku pengetahuan dan pendidikan, dan majalah Juita.

SASTERAInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas