DEMAM SENGKENIT | Demam sengkenit ialah nama bagi beberapa penyakit yang disebabkan oleh gigitan sengkenit. Ini termasuk demam sengkenit Colorado, demam berulang, demam berbintik Pergunungan Rocky dan demam Texas. | UMUM | |
AGAS | Agas ialah nama umum untuk pelbagai variasi lalat kecil. Beberapa jenis agas hidup dengan memakan darah haiwan termasuk manusia, dan memberikan gigitan yang menyakitkan. Jenis lain termasuklah agas yang tidak menggigit. Agas mempunyai bahagian mulut berbentuk muncung yang dikenali sebagai probosis . Agas menggigit menggunakan probosis dengan mencucuk kulit haiwan semasa ia makan. | UMUM | |
SEMUT BULL | Semut bull termasuk beberapa spesies semut di Australia. Kebanyakannya adalah besar. Sayap semut betina sesetengah spesies tumbuh sepanjang dua sentimeter. Semut bull ini boleh menyebabkan gigitan yang menyakitkan dengan rahangnya panjang, dan menonjol. Ia juga boleh menyengat. Semut ini tidak mudah takut dan akan menyerang pada waktu tertentu. Hanya beberapa ratus ekor semut tinggal dalam setiap sarang. Ia membuat sarang di dalam tanah, biasanya di pangkal pokok atau tunggul. Semut pekerja memberi lundinya makan bangkai haiwan. Ahli sains menggangap semut bull ini antara semut yang paling primitif. Ia tidak mempunyai struktur sosial sekompleks spesies yang lebih maju. | UMUM | |
MALARIA | Malaria ialah penyakit parasit yang berbahaya yang biasa berlaku di kawasan tropika dan subtropika. Penyakit ini disebabkan oleh protozoa (organisma mikroskopik) yang dikenali sebagai Plasmodium dan disebarkan oleh gigitan nyamuk betina Anopheles (nyamuk tiruk). Mangsa malaria mengalami serangan secara sejuk dan demam. Dua hingga tiga juta orang mati akibat penyakit ini setiap tahun.
| UMUM | |
SOTONG KURITA BERJALUR BIRU | Sotong kurita berjalur biru biasanya terdapat di sepanjang pantai selatan Australia. Ia boleh dikenali dengan warnanya yang berjalur biru. Diameternya kira-kira empat sentimeter hingga enam sentimeter. Ia mempunyai muncung bak paruh burung nuri dan kadangkala ia menggigit manusia. Bisa daripada kelenjar liurnya kemudian masuk ke dalam luka. Beberapa orang telah mati kerana digigit oleh sotong kurita ini. Gigitannya biasanya tidak menyakitkan. Tompok kecil darah pada kulit apabila sotong kurita ini disingkirkan adalah satusatunya tanda bahawa mangsa telah digigit. Kesan bisa yang pertama ialah rasa kebas. Mangsa biasanya berhenti bernafas, memerlukan resusitasi (pernafasan) mulut-ke-mulut sehingga dua atau tiga jam. Rawatannya sama seperti rawatan untuk gigitan ular. Tiada antivenen tertentu bagi gigitan oleh sotong. | UMUM | |
NYAMUK | Nyamuk ialah serangga yang menyebarkan sesetengah penyakit yang paling teruk kepada manusia dan haiwan. Jenis nyamuk tertentu membawa kuman yang menyebabkan penyakit serius seperti ensefalitis, malaria, filariasis, dan demam kuning. Apabila nyamuk “menggigit”, ia mungkin meninggalkan kuman. Banyak jenis nyamuk tidak menyebarkan penyakit, tetapi ia mempunyai “gigitan” yang menyakitkan. Banyak daripada nyamuk yang dikaitkan dengan penyakit hidup di kawasan yang panas, lembap dekat khatulistiwa. Tetapi nyamuk terdapat di semua bahagian di dunia, malah di Artik. | UMUM | |
SENGKENIT | Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak. Sengkenit sering membawa kuman penyakit tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang. | UMUM | |
TARANTULA | Tarantula ialah nama biasa bagi mana-mana satu daripada sekumpulan labah-labah yang kebanyakannya besar, berbulu. Tarantula didapati dalam iklim panas di seluruh kawasan tropika. Sesetengah tarantula hidup lebih daripada 20 tahun. Tarantula mendapat namanya daripada labah-labah serigala yang besar yang terdapat di sekitar Taranto, di selatan Itali. Orang di kawasan ini pernah percaya bahawa gigitan labah-labah ini menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai tarantisme . Mangsa kononnya meloncat ke udara dan berlari-lari sambil mengeluarkan bunyi yang pelik. Mengikut kepercayaan karut ini, ubat yang terbaik adalah tarian rakyat Itali yang rancak, yang menjadi terkenal sebagai tarantella . | UMUM | |
SEMUT API | Semut api adalah mana-mana satu daripada beberapa spesies semut yang menyebabkan sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima spesies semut api terdapat di tenggara Amerika Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang diimport, adalah semut perosak yang utama. Semut api merah yang diimport membuat busut besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang. Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api merah yang diimport meninggalkan benjol kecil, bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa semut api – dan jarang sekali membawa maut. | UMUM | |