Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gla.sier] | ݢلاسيئر

Definisi : timbunan besar ais yg bergerak perlahan-lahan menuruni cerun atau merebak ke permukaan bumi;pengglasieran pelitupan permukaan bumi dgn glasier. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gla.sier] | ݢلاسيئر

Definisi : ist timbunan atau sungai air batu yg terjadi drpd salji di gunung-gunung dan bergerak perlahan-lahan. pengglasieran proses atau perihal glasier melitupi permukaan bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata glasier


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GLASIER UMUM 
MORAIN

Morain ialah tanah dan batu yang dibawa oleh

glasier dan ditinggalkan apabila ais cair. Morain

juga bermakna sekumpulan bahan di dalam

glasier atau di permukaan glasier atau rabung

tidak rata yang bahan ditinggalkan di tepi ais yang

sedang cair. Pada setiap bahagian glasier di

lembah gunung merupakan serpihan batu yang

telah bergolek ke atas ais dari cerun berhampiran.

Serpihan batu ini membentuk morain lateral.

UMUM 
HAKISAN GLASIER

Hakisan glasier, hakisan yang dilakukan oleh glasier atau lembaran ais melalui proses-proses seperti lelasan, ragutan dan lain-lain yang mengakibatkan pemusnahan permukaan bumi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SUNGAI RHÔNE

Sungai Rhône ialah jalan air komersial yang

penting di Perancis. Sungai ini masyhur kerana

keindahan lembahnya. Hulu sungai ini bermula di

glasier Rhône di Switzerland, di paras ketinggian

melebihi 1500 meter. Tanah liat glasier yang

dibawa oleh sungai ini dari Pergunungan Alps

Switzerland membuatkan air Sungai Rhône hampir

keruh. Tetapi semasa aliran sungai ini melalui Tasik

Geneva, ia kehilangan kebanyakan tanah liat glasier

di dasar tasik itu. Warna biru jernih air sungai ini

selepas ia meninggalkan Tasik Geneva, memberi

inspirasi kepada pemuisi Inggeris, Lord Byron,

untuk memerikannya sebagai “deruan biru Rhône

yang meluru seperti anak panah.”

UMUM 
ZAMAN AIR BATUZaman geologi yang glasier meliputi sebahagian besar tanah daratan sehingga ke beberapa bahagian laut.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
TASIK AGASSIZ

Tasik Agassiz ialah tasik glasier terbesar yang

pernah wujud di Amerika Utara. Ia meliputi

sebahagian besar kawasan Manitoba, kini di

Kanada dan bahagian-bahagian negeri dan wilayah

yang berjiran dengannya.

UMUM 
AISBERG

Aisberg ialah timbunan ais yang amat besar,

berkemungkinan pecah di hujung bahagian bawah

glasier dan jatuh ke dalam laut. Timbunan ais yang

amat besar ini dikenali sebagai aisberg, dan ia

terjadi daripada air beku segar

UMUM 
LEMBAR AIS

Lembar ais, lapisan glasier yang menutupi permukaan kerak bumi di benua.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
LI SIGUANG

Li Siguang (1889–1971), ahli geologi China.

Dia memberi sumbangan penting kepada sains

palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi

(kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian

tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan

disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi.

Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang

membincangkan aspek tegasan dan terikan.

Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan

penting dalam penemuan beberapa telaga minyak

yang besar di China. Karya utamanya termasuk

Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central

China (1947), dan Introduction to Geomechanics

(1962).

UMUM 
MACMILLAN, DONALD BAXTER

MacMillan, Donald Baxter (1874–1970),

penjelajah kutub Amerika yang banyak memberikan

pengetahuan tentang Greenland dan Artik Kanada.

Dia mendahului kepercayaan bahawa kawasan

glasier sedang bergerak ke selatan. MacMillan

menemui longgokan batu arang di kawasan sembilan

darjah dari Kutub Utara. Longgokan ini merupakan

sisa 36 jenis pokok dan menunjukkan bahawa iklim di

kawasan tersebut pada suatu masa dahulu tidak

sesejuk itu.

UMUM 
12

Kembali ke atas