GLOB | | UMUM | |
MERIDIAN | Meridian ialah garisan yang dilukis di atas glob dunia dari kutub utara ke kutub selatan. Setiap garisan mengelilingi separuh glob dan bersambung dengan garisan yang satu lagi pada kedua-dua kutub. Garisan ini dipanggil meridian. Dua garisan meridian bersambung pada kedua-dua kutub membentuk edaran meridian. Garisan meridian digunakan untuk mengukur longitud, iaitu jarak timur atau barat daripada garisan yang melalui Greenwich, England. | UMUM | |
SFERA | Sfera ialah rajah padu berbentuk bola atau glob. Istilah sfera berasal daripada perkataan Yunani sphaira, bermakna bola. Dalam geometri, ahli matematik mendefinisikan sfera sebagai satu set titik di ruang udara pada jarak tetap dari satu titik tetap yang dikenali sebagai pusat . Ini bermakna bahawa sfera ialah bongkah yang dibatasi oleh satu permukaan. Permukaan ini tidak mempunyai sudut atau sempadan, dan setiap titik di permukaan mempunyai jarak yang sama dari pusat. | UMUM | |
ANTIPOD | Antipod ialah dua tempat yang betul-betul bertentangan kedudukannya antara satu dengan yang lain pada glob. Kata ini asalnya kata Yunani yang bermaksud kaki ke kaki . Dua orang yang berdiri di antipod akan bertemu tapak kaki masing- masing. Kawasan yang terletak di sekitar Australia dan New Zealand biasanya dikenal sebagai antipod. Orang Inggeris adalah yang mula-mula sekali menggunakan istilah antipod kerana kedua- dua negara itu terletak hampir bertentangan dengan England. | UMUM | |
LATITUD DAN LONGITUD | Latitud dan longitud, garisan yang dilukis pada atlas dan glob. Latitud dilukis secara mendatar (garisan melintang) di atas glob, manakala longitud dilukis secara menegak (garisan bujur). | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
LILI MARIPOSA | Lili mariposa ialah sekumpulan lebih kurang 60 spesies bunga yang mekar pada musim bunga dalam famili lili. Bunganya yang cantik kadangkala dinamakan tanglong pari-pari, tulip glob, lili sego atau lili rama-rama. Kelopak bunganya menyerupai sayap rama-rama. Mariposa ialah perkataan Sepanyol bagi rama-rama. | UMUM | |
ARTICOK | Articok ialah sejenis tumbuhan besar bak thistle yang menghasilkan kudup bunga yang boleh dimakan. Sisik dan jantung (pusat) bunga itu dimakan sebagai sayur. Jantungnya pula biasanya ditinkan ataupun dibekukan. Articok membekalkan sebilangan vitamin dan mineral. Kadang-kadang articok dikenali sebagai articok glob. Ia berasal dari kawasan Mediterranean. | UMUM | |
PETA | Peta ialah gambaran tentang bumi atau mana-mana cakerawala lain yang dilukis atau dicetak. Kebanyakan peta menunjukkan sebahagian atau semua permukaan bumi. Tetapi, peta juga mungkin menunjukkan planet lain, bulan atau kedudukan bintang di angkasa. Kebanyakan peta adalah rata, walaupun sesetengahnya mempunyai permukaan timbul. Glob ialah peta dalam bentuk bola. | UMUM | |
SIPRES | Sipres adalah mana-mana satu daripada sekumpulan pokok dan pokok renek malar hijau yang tumbuh di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Terdapat kira-kira 13 spesies sipres. Sipres mudah sesuai dengan iklim panas dan ia biasanya ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Daunnya kecil, bak sisik yang tumbuh bertangkai lebat berbentuk kipas tangan. Konnya yang berbentuk glob diselaputi sisik berkayu yang kelihatan seperti perisai kecil. Kayunya berwarna perang cerah, tahan lama dan berbau kuat seperti bau sedar. | UMUM | |