Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[glu] | ݢلو

Definisi : sj perekat yg dibuat drpd damar asli atau damar tiruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[glu] | ݢلو

Definisi : perekat yg digunakan utk menyambung benda-benda, terutama benda-benda drpd kayu dan digunakan ketika lembut (cair). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata glu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GLU UMUM 
PEREKAT

Perekat ialah bahan yang melekatkan

permukaan. Perekat, yang termasuk bahan seperti

simen, epoksi, glu dan pes, digunakan dengan

meluas dalam industri dan di rumah. Ia

memainkan peranan penting dalam pembuatan

kapal terbang, kereta, buku, dan perabot dan

dalam pembinaan bangunan dan jalan raya. Ramai

orang menggunakan epoksi dan glu untuk

melakukan kerja pembaikan mudah di rumah.

UMUM 
MUSILAJ

Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit,

yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di

dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis

pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan

kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj

berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang

dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj

gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada

larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh

digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca.

Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji)

dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan

musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan

gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj.

Lihat juga Gam arab; Glu.

UMUM 
STURGEON

Sturgeon ialah nama biasa bagi satu famili ikan

besar yang hidup dalam air tawar dan laut di Zon

Sederhana Utara. Ia ditangkap untuk isinya yang

biasanya disalai, dan untuk telurnya, yang

digunakan untuk menyediakan kaviar. Isinya yang

berkualiti tinggi, iaitu bahan yang digunakan untuk

membuat glu, didapati daripada pundi udara

sturgeon Rusia, yang juga dikenali sebagai beluga.

UMUM 

Kembali ke atas