Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[goa] | ݢوا

Definisi : sj burung, Myophonus caeruleus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GOA UMUM 
KARAENG GALESONG

KARAENG GALESONG, (  ?  -1679), putera Sultan Hasanuddin (m.m. 1653-1669), Raja Makasar di Goa, Sulawesi. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah anak raja pelarian Makasar yang terkenal pada abad ke-17 berikutan kekalahan Goa di tangan Arung Palakka pada tahhun 1669. Karaeng Galesong melarikan diri ke Sumbawa. Pada tahun 1673, selepas tinggal seketika di Jawa Timur, dia kembali ke Bali dan di sana dia diberi tanah. Karaeng Galesong dan pengikutnya  akhirnya kembali ke Jawa Timur dan berkahwinn dengan anak saudara perempuan pemberontak Madura, Trunajaya pada tahun 1675 selepas Trunajaya menerima persetiaan yang dibuat kerana orang Makasar terkenal sebagai perajurit yang berani. Karaeng Galesong telah membantu Trunajaya dalam beberapa peperangan untuk menguasai kota di pesisir timur Jawa antara Gresik dan Surabaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYAIR PERANG MENGKASAR

SYAIR PERANG MENGKASAR , puisi Melayu tradisional. Syair ini juga disebut Syair Sipelman. Syair ini dihasilkan antara bulan Jun 1669 hingga bulan Jun 1670.  Syair Perang Mengkasar menceritakan peperangan yang berlaku antara orang Makassar dengan orang Belanda antara tahun 1668 hingga tahun 1669. Syair ini mungkin ialah syair sejarah yang pertama. Penulisnya ialah Encik Amin, seorang peranakan Melayu Makassar yang pernah menjadi jurutulis Sultan Goa. Syair ini juga pernah dijadikan bahan disertasi oleh C. Skinner.

SASTERAKonsep
UTIMUTIRAJA

UTIMUTIRAJA ( ? -1511), saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh.  Dia juga dikenal sebagai Timuturaja.  Seorang yang bersikap oportunis, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka.  Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya, telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu.  Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis itu, dan memberitahunya tentang peristiwa itu.  Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa (India) untuk memberitahu Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas