Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gof] | ݢول ف

Definisi : sj permainan dgn memukul bola kecil yg keras utk memasukkannya ke dlm beberapa lubang kecil di lapangan luas; padang ~ lapangan tempat bermain golf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gof] | ݢول ف

Definisi : permainan memasukkan bola keras ke dlm beberapa lubang dgn menggunakan pemukul-pemukul tertentu (di atas padang yg luas). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata golf


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GOLF UMUM 
WOODS, TIGERPemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006.SUKANTokoh
GOLF

Golf merupakan permainan luar yang menggunakan sejenis kayu pemukul untuk memukul bola kecil ke dalam lubang dengan pukulan yang minimum.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
REES, DAI

Rees, Dai (1913–1983) ialah bekas juara golf

Wales dan ketua pasukan Ryder Cup, yang telah

memenangi banyak pertandingan golf utama.

UMUM 
NICKLAUS, JACK

Nicklaus, Jack (1940– ) ialah pemain golf

Amerika, antara pemain terulung dalam sejarah sukan

ini. Nicklaus pemain pertama memenangi keempat-

empat gelaran golf yang utama sekurang-kurangnya

dua kali. Dia memenangi Terbuka British pada tahun

1966, 1970, dan 1978. Terbuka Amerika Syarikat pada

tahun 1962, 1967, 1972, dan 1980; kejohanan U.S.

Masters pada tahun 1963, 1965, 1966, 1972, 1975, dan

1986; kejohanan U.S. Professional Golfers’ Association

(PGA) pada tahun 1963, 1971, 1973, 1975, dan 1980.

Nicklaus juga memenangi kejohanan United States

Amateur pada tahun 1959 dan tahun 1961 sebelum

menjadi pemain profesional.

UMUM 
NORMAN, GREG

Norman, Greg (1955– ), pemain golf Australia

yang dikenali sebagai The Great White Shark ,

memenangi Kejohanan Terbuka British pada tahun

1986 dan tahun 1993. Dia merupakan orang Australia

yang ketiga memenangi acara itu. Pada tahun 1986,

dia memenangi beberapa pertandingan besar dan

berada pada kedudukan di tempat yang pertama di

dunia.

UMUM 
SNEAD, SAM

Snead, Sam (1912–2002), pemain golf Amerika

yang telah memenangi sebanyak 165 kejohanan.

Dia dikenali sebagai “Slammin’ Sammy” kerana

pukulannya yang kuat dan ayunannya yang

lancar dan bersahaja.

UMUM 
PALMER, ARNOLD

Palmer, Arnold (1929– ) ialah pemain golf

Amerika yang menjadi salah seorang pemain yang

teragung dan paling popular dalam sejarah sukan

ini.

UMUM 
PLAYER, GARY

Player, Gary (1935– ) ialah ahli sukan Afrika

Selatan yang menjadi salah seorang pemain golf

utama di dunia pada tahun 1960-an dan awal tahun

1970-an.

UMUM 
ZAHARIAS, BABE DIDRIKSON

Zaharias, Babe Didrikson (1911?–1956) ialah atlet Amerika yang dianggap sebagai salah seorang

atlet wanita teragung dalam sejarah sukan. Dia memperoleh kemasyhurannya yang bertahan lama

dalam sukan golf dan olahraga, malah dia juga bertanding dalam pasukan bola keranjang, besbol, biliard poket, tenis, menyelam, dan juga berenang.

UMUM 
12

Kembali ke atas