GOLONGAN KATA | | UMUM | |
EQUESTRIAN | Equestrian ialah satu golongan warga terkemuka pada zaman Rom purba. Kebanyakan ahli golongan ini adalah daripada golongan bangsawan. | UMUM | |
PLEBIAN | Plebian ialah golongan rakyat biasa pada zaman awal Republik Rom. Plebian termasuk hamba yang dibebaskan, petani, dan orang di bawah tanggungan golongan aristokrat. Tidak diketahui bagaimana mula berlaku perbezaan antara plebian dan golongan aristokrat, tetapi perbezaan telah wujud pada awal tahun 500 S.M. | UMUM | |
ZAYDIYYAH | Zaydiyyah adalah sebuah jemaah Islam yang mengambil sempena nama Zayd ibn Ali ibn al- Husayn (79–122 H/698–740 M). Golongan ini bersependapat dengan golongan Ithna ‘Asyariyyah (golongan syiah Imamiyyah) dalam soal bilangan aturan imam besar mereka sehingga kepada Imam Zayd ibn Zayn al-‘Abidin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa Imam Zayd adalah lebih layak menjadi imam berbanding Muhammad al-Baqir. Kedua-dua golongan ini juga tidak sehaluan dalam kefahaman terhadap konsep Imam (pemimpin negara) dan tugasnya. | UMUM | |
KILANG PERAS TENAGA | Kilang peras tenaga ialah istilah yang digunakan untuk kilang-kilang yang mengupah golongan papa kedana. Kebanyakannya golongan wanita dan kanak-kanak yang bekerja bertungkus– lumus selama dua belas jam atau lebih sehari bagi mendapatkan makanan untuk meneruskan kehidupan. | UMUM | |
PERANG JAMAL | Perang Jamal berlaku pada tahun 36 H. bersamaan dengan 656 M., disebabkan oleh fitnah yang berlaku di antara dua golongan orang Islam selepas pembunuhan Khalifah Uthman ibn ‘Affan. Golongan pertama di bawah pimpinan ‘Ali ibn Abu Talib dan golongan kedua di bawah pimpinan Umm al-Mu’minin ‘Aisyah, Talha ibn ‘Ubaydillah dan al-Zubayr ibn al-‘Awwam. Antara sebab berlakunya perang ini kerana Sayidina ‘Ali memecat semua gabenor pada zaman Sayidina Uthman r.a. sejurus selepas pelantikannya sebagai khalifah. | UMUM | |
SURAH AL-WAQI‘AH | Surah al-Waqi‘ah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-56 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 96 ayat. Surah ini dinamakan al-Waqi‘ah (hari kiamat) kerana ia dimulakan dengan tanda-tanda berlakunya hari kiamat dan kedahsyatannya. Surah ini membicarakan tentang keadaan hari kiamat dan kesengsaraan hari tersebut. Pada hari itu, manusia terbahagi kepada tiga golongan, iaitu golongan kanan, golongan kiri dan golongan yang berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan di dunia. | UMUM | |
DALAI LAMA | Dalai Lama ialah pemimpin kerohanian orang Tibet. Dia menjadi ketua golongan Yellow Hat, golongan berfahaman Lama, iaitu satu cabang fahaman Buddha. | UMUM | |
ABU DHAR, GHAFFARIY | Abu Dhar, Ghaffariy ( ? –32 H./?–652 M.), sahabat Nabi yang setia, ahli hadith dan fiqh serta antara golongan awal yang memeluk Islam dan merupakan golongan ahl al-Suffah. Nama penuhnya ialah Jundub ibn Janadah ibn Sufyan ibn ‘Ubayd ibn Haram ibn Ghaffar. Dia ialah saudara kepada Tha’labah, iaitu anak kepada Mulayl ibn Dumrah, saudara kepada Layth dan al-Dil, iaitu anak-anak kepada Bakr. Dia juga saudara kepada Murrah, iaitu ayah kepada Mudlaj ibn Murrah dan anak kepada Abd Manat ibn Kinanah. Gelarannya ialah Abu Dhar. | UMUM | |
ORANG-ORANG BESAR | ORANG-ORANG BESAR, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, golongan bangsawan (pembesar Melayu) dianggap sebagai satu kelas sosial di negeri-negeri Melayu. Golongan pemerintah dan golongan rakyat dianggap sebagai satu unsur asas bagi struktur politik dan sosial Melayu. Orang-orang besar dibezakan secara jelas di hampir semua kawasan petempatan Melayu berdasarkan keturunan dan ikatan perkahwinan. Justeru itu, amat sukar bagi rakyat biasa bertukar taraf menjadi golongan pemerintah di daerah yang latar belakang keluarganya telah dikenali ramai. Rakyat biasa lazimnya berasa rendah diri dan menggunakan bahasa yang halus serta membongkokkan badan sebagai tanda hormat, apabila berhadapan dengan orang-orang besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |