MASJID JAMEK KUALA LUMPUR | MASJID JAMEK KUALA LUMPUR, salah sebuah masjid yang terawal di Selangor. Masjid ini terletak di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
KEMALA | KEMALA, (1941 - ), penulis dan penyair. Dia lahir pada 30 Januari 1941 di Gombak, Kuala Lumpur. Nama sebenarnya ialah Ahmad Kamal bin Abdullah. Nama samaran lain yang pernah digunakan ialah A.K., Akmal Jiwa, Dur Kasih, Nir Hiryati dan Nirwana. | SASTERA | Tokoh |
SITI ZAINON ISMAIL | SITI ZAINON ISMAIL (1949 - ), penulis, penyair dan pelukis. Dia lahir pada 18 Disember 1949 di Gombak, Selangor. Dia pernah menggunakan nama samaran Izan Baina. Siti Zainon menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Dari tahun 1970 hingga tahun 1973, Siti Zainon melanjutkan pendidikannya di Sekolah Tinggi Seni Rupa (ASRI), Yogyakarta, Indonesia. | SASTERA | Tokoh |
KHATIB KOYAN ABDULLAH | KHATIB KOYAN ABDULLAH, ( ? - ? ) pemimpin masyarakat dan penghulu. Dia lahir di Sumatera, Indonesia. Dia datang ke Tanah Melayu dan menetap di Segambut. Kemudian semasa menjadi Penghulu Setapak, dia menetap di Batu 5 Jalan Gombak, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KUALA LUMPUR | KUALA LUMPUR, ibu negara Malaysia. Kuala Lumpur terletak pada garis lintang 3o 8’U dan garis bujur 100o 44T. Kedudukan kawasan pusat asalnya ialah di Kuala Sungai kelang dan Sungai Gombak. Bandar ini meliputi Lembah Kelang sebagai kawasan terpenting dan dipinggiri oleh tanah tinggi di sebelah timur. Kuala Lumpur mempunyai iklim yang seragam dengan purata 27o dan purata hujan 2700 mm setahun. Kepesatan pembangunan fizikal Kuala Lumpur telah menjadikannya lebih panas (2oC – 7oC) dan lebih kering daripada kawasan sekelilingnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |