| MITCHELL, MARGARET | Mitchell, Margaret (1900–1949) ialah pengarang Amerika yang menghasilkan novel Gone with the Wind (1936), salah sebuah novel yang sangat popular. Novel ini memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1937 bagi kategori fiksyen. Gone with the Wind ialah kisah tentang Negeri-negeri Selatan Amerika semasa Perang Saudara Amerika, dari sudut pandangan penduduk di negeri selatan Amerika. | UMUM | |