SENEFELDER, ALOIS | Senefelder, Alois (1771–1834), mencipta proses litografi (lihat Litografi). Sebagai anak muda, Senefelder menulis drama. Oleh kerana dia tidak dapat menerbitkan dramanya, maka dia cuba mencetaknya sendiri. Semasa menyediakan goresan di atas papak batu, dia menulis di atasnya menggunakan krayon lilin dan mendapati bahawa goresan itu boleh didakwatkan (diwarnakan) dan dicetak. Dia lahir di Munich, Jerman. | UMUM | |
REMBRANDT | Rembrandt (1606–1669) ialah pelukis Belanda yang teragung. Karya Rembrandt amat banyak dan para sarjana menganggap bahawa dia telah menghasilkan 600 catan, 300 goresan, dan 1400 lukisan. Banyak karya yang lain telah hilang. Tidak seperti sesetengah pelukis agung yang lain, Rembrandt tidak menulis sesuatu pun tentang seninya. | UMUM | |
SENI GRAFIK | Seni grafik ialah istilah umum bagi lukisan dan teknik lain yang digunakan untuk menghasilkan semula perkataan dan gambar. Teknik tersebut termasuk cetakan blok, turisan, goresan, litografi, dan cetakan skrin sutera. Seni lukis cat pernah dianggap sebagai salah satu seni grafik, tetapi kini dianggap ia umumnya sebagai bentuk seni yang tersendiri. | UMUM | |
LATIFF MOHIDIN | LATIFF MOHIDIN (1938- ), pelukis dan penyair. Dia lahir pada 20 Ogos 1938 di Lenggeng, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdul Latiff bin Haji Mohidin. Dia pernah menggunakan nama pena Alma dan A. Latiff Mohidin. Latiff mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lenggeng, Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian dia belajar di Sekolah King George V di Seremban hingga lulus School Certificate (1959). Dia ditawarkan biasiswa oleh pemerintah Republik Persekutuan Jerman untuk melanjutkan pengajian di Academy of Fine Arts, Berlin, (1960-1964). Pada tahun 1969, dia mempelajari seni goresan di Atelier La Courriere, Paris dengan bantuan Kementerian Kebudayaan Perancis dan menyambung kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat. | SASTERA | Tokoh |