SAVAGE | Savage ialah sebatang sungai di pergunungan barat laut Tasmania, Australia. Di sinilah terletaknya lombong bijih besi yang mengeluarkan hasil secara besar-besaran. Bijih besi gred rendah yang dikenali sebagai magnetit dikeluarkan daripada lombong dedah berhampiran sungai. Magnetit itu ditumbuk menjadi debu, dan zarah besi dikeluarkan daripadanya dengan menggunakan magnet. Air ditambah dan sluri dipam sejauh 87 kilometer melalui saluran paip ke Port Latta. Di situ, bijih besi dibentuk menjadi penabur yang diameternya kira-kira satu sentimeter, dan dikeraskan melalui proses pemanasan. Hampir 2 286 000 tan metrik penabur dipunggah setiap tahun ke dalam kontena besar untuk dieksport ke Jepun. | UMUM | |
TEMBAKAU | Tembakau ialah tumbuhan yang daunnya digunakan terutamanya untuk membuat rokok dan cerut. Keluaran tembakau yang lain termasuk tembakau hisap untuk sentil, tembakau songel atau tembakau sugi dan tembakau sedut. Gred daun tembakau yang kurang baik digunakan untuk membuat racun serangga dan disinfektan. Tangkai dan batangnya dijadikan ramuan sesetengah jenis baja. | UMUM | |
MOHD. SALLEH ABAS, TUN | MOHD. SALLEH ABAS, Tun (1929- ), peguam, Ketua Hakim Negara yang kelima (1984-1988). Dia lahir pada 25 Ogos 1929 di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Kampung Raja dan kemudian dia mempelajari agama dan bahasa Arab di Sekolah Arab Madrasah Haji Omar, Kampung Raja, Besut. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu selama dua tahun dalam Special Malay Class. Dia lulus dengan Gred Satu dalam peperiksan Senior Cambridge. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHD. DESA PACHI, DATO' | MOHD. DESA PACHI, Dato’ (1934- ), ahli korporat, Ketua Eksekutif PNB pertama (1978). Dia lahir pada 28 April 1934 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mohd. Desa memulakan pendidikan rendahnya di sekolah Melayu pada tahun 1941. Pengajiannya terbantut kerana Perang Dunia Kedua. Selepas perang, dia menyambung pelajarannya selama lebih kurang setahun. Dia kemudian belajar di Francis Light School , Pulau Pinang dari tahun 1947 hingga tahun 1949. Dari tahun 1950 hingga tahun 1953, dia menerima pendidikan menengah di Penang Free School dan mencipta sejarah apabila dia adalah satu-satunya pelajar Melayu yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan gred satu bagi seluruh Pulau Pinang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |