Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata greece


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GREECE UMUM 
MESSENIA

Messenia ialah satu jabatan (bahagian politik) di

Greece. Ia juga merupakan kawasan yang penting

pada zaman dahulu. Messenia terletak di

semenanjung Peloponnesus (semenanjung selatan

Greece). Kawasannya seluas 2991 kilometer

persegi dan penduduknya seramai 170 000 orang.

Kalamai ialah ibu wilayah jabatan ini. Kawasan

pertanian Messenia merupakan kawasan pertanian

yang terkaya di Greece.

UMUM 
ACHAEAN

Achaean ialah orang Yunani purba yang tinggal

di Peloponnesus (semenanjung di selatan Greece),

di timur tengah Greece, dan di pulau-pulau Crete,

Rhodes, Cephalonia, dan Ithaca.

UMUM 
OTTO I

Otto I (1815–1867) ialah putera Bavaria, yang

menjadi raja Greece yang pertama selepas negara

itu bebas daripada penjajahan Turki pada tahun

1830 [lihat Greece (Otto I)].

UMUM 
PIRAEUS

Piraeus (pend. 179 967) ialah bandar ketiga

terbesar di Greece, selepas Athens dan Salonika.

Piraeus terletak di sepanjang pantai Teluk

Saronic, lapan kilometer di barat laut Athens.

Untuk lokasi, lihat Greece (peta).

UMUM 
ARCADIA

Arcadia, salah satu bahagian di Greece pada masa

kini adalah kawasan yang penting pada zaman purba.

Lebih kurang 108 000 orang tinggal di kawasan yang

terdiri daripada gunung dan lembah subur di

Peloponnesus (semenanjung selatan Greece). Arcadia

adalah satu-satunya bahagian Peloponnesus yang

tidak diserang oleh orang Dorian pada tahun 1100-an

S.M. Orang Arcadia mengekalkan sebahagian besar

bahasa Yunani pra-Dorian. Pada tahun 500-an S.M.

Arcadia menyertai Liga Peloponnesus, perikatan

tentera yang terdiri daripada bandar-bandar di

Peloponnesus yang diketuai oleh Sparta. Bandar-

bandar Arcadia tetap setia kepada Sparta sehingga

tahun 369 S.M., apabila ia menubuhkan liga

pertahanannya sendiri. Tidak lama kemudian Liga

Arcadia berpecah, tetapi Liga Macedonia dan

kemudiannya Liga Achaean dan Aetolian melindungi

Arcadia.

UMUM 
TERUSAN CORINTH

Terusan Corinth, menyediakan laluan air di

antara Teluk Corinth dan Teluk Saronic di bahagian

tengah timur Greece. Panjangnya terusan ini ialah 6

kilometer. Ia merentasi sejalur tanah yang sempit

yang menyambung Semenanjung Peloponnesus

dengan tanah besar Greece yang lain.

Sebuah syarikat Perancis mula membina terusan

ini pada tahun 1882, dan Greece menyiapkannya

pada tahun 1893. Satu percubaan untuk membina

sebuah terusan seperti itu telah pun dibuat oleh

Nero, Maharaja Rom, pada tahun 67 M.

UMUM 
SALONIKA

Salonika atau dalam bahasa Yunani Thessaloniki

(pend. 406 403; pend. kaw. met. 706 180) ialah

pelabuhan di Teluk Salonika di Greece. Untuk

lokasi, lihat Greece (peta). Sehingga tahun 1912,

Salonika menjadi milik Turki. Minaret , iaitu menara

masjid banyak kelihatan di kota ini.

UMUM 
MYCENAE

Mycenae ialah bandar di Greece purba yang

terletak 10 kilometer ke utara Argos di bahagian

selatan semenanjung. Ahli arkeologi Jerman,

Heinrich Schliemann menemui lima tanah

perkuburan diraja di Mycenae pada tahun 1876.

Penemuan ini telah memulakan penyelidikan

tentang Zaman Gangsa di tanah besar Greece.

Kubur-kubur yang dikenali sebagai Perkuburan

Shaft , mengandungi permata, senjata-senjata

gangsa, dan lain-lain objek yang diperbuat

daripada gangsa, emas dan perak.

UMUM 
ATHENS

Athens (pend. 748 110; pend. kaw. met. 3 096 775)

ialah kota yang paling terkenal dan bersejarah di

dunia. Ia menjadi ibu negara Greece pada tahun

1833, setelah penduduk Greece membebaskan diri

mereka daripada pemerintahan Turki. Namun,

kemasyhuran Athens yang paling unggul bermula

pada tahun 400 S.M., apabila ia menjadi kota yang

paling berkuasa dan bertamadun di dunia. Nama

kota itu dalam bahasa Yunani ialah Athinai.

UMUM 
12345

Kembali ke atas