STALAGMIT | Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur. Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang menitis ke lantai dari dinding dan bumbung sesebuah gua, membawa bersamanya <i>kalsit i>terlarut, iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air memasuki persekitaran gua itu, air tersebut kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu yang terbalik. | UMUM | |
GUA NIAH | GUA NIAH, salah sebuah gua yang terbesar di dunia. Gua Niah juga merupakan tapak arkeologi yang terkenal di Asia Tenggara kerana mempunyai bukti kewujudan manusia lebih kurang 40 000 tahun dahulu. Gua Niah terletak di kompleks batu kapur Niah-Subis, lebih kurang 50 km dari bandar Miri, Sarawak. Gua Niah berada pada ketinggian 48.9 m dari aras laut dengan garis tegak 3° 49’ 09’’ U dan garis bujur 113° 46’ 42’’ T. Gua Niah mempunyai enam pintu masuk utama, iaitu Kuala Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Lubang Bulan, Gan Kira dan Tahi Menimbun. Pintu Kuala Besar merupakan pintu terbesar sekali dengan kelebaran lebih kurang 244 m, ketinggian hingga 61 m dan lantai gua seluas 10.5 hektar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
GUA MULU | Gua Mulu, gua batu kapur tropika yang terletak di Sarawak dan bersempadan dengan Negara Brunei Darussalam. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
GUA BATU KAPUR | Gua batu kapur. Gua yang terjadi di kawasan batu kapur. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
SPELEOLOGI | Speleologi ialah kajian saintifik mengenai gua. Ahli sains yang mengkaji bidang ini dikenali sebagai ahli speleologi. Orang yang menjelajahi dan memetakan gua kerana hobi digelar sebagai <i>spelunker. i>Lihat juga Gua. | UMUM | |
GUA HIRA' | Gua Hira’, tempat Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu yang pertama. Gua ini terletak lebih kurang 20 m dari puncak Bukit Hira’ yang berbatu, lebih kurang 5 km ke timur laut kota Makkah. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
GUA CHA | GUA CHA, gua yang diduduki oleh masyarakat Hoabinhian lebih kurang 10 000tahun dahulu. Gua ini terletak di tebing utara Sungai Nenggiri di pedalaman Hulu Kelantan, lebih kurang 16 km ke hilir Kampung Kuala Betis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MAMMOTH CAVE | Mammoth Cave di Kentucky, Amerika Syarikat, ialah sebahagian daripada sistem gua terpanjang di dunia. Gua ini terletak di rabung yang mengandungi batu kapur. | UMUM | |
STALAKTIT | Stalaktit ialah sejenis pembentukan batu yang cantik, yang ditemui dalam sesetengah gua batu kapur. Stalaktit tergantung dari dinding atau bumbung gua. Kebanyakannya kelihatan seperti jurai air batu yang besar tetapi sesetengahnya menyerupai langsir atau jerami dengan lubang di tengah-tengahnya. | UMUM | |
TAMAN NEGARA CARLSBAD CAVERNS | Taman Negara Carlsbad Caverns, di tenggara New Mexico, Amerika Syarikat terkenal kerana terdapat banyak gegua atau gua. Gegua yang paling besar ialah gua carlsbad Caverns. Gegua ini merupakan salah sebuah gegua bawah tanah yang terbesar di dunia. Dalam ruang gegua ini, stalaktit dan stalagmit terbentuk menyerupai kuil Cina, tiang besar, dan isikel seperti renda (lihat Stalagmit; Stalaktit ). Satu ruang besar yang dikenali sebagai <I>Big Room, I>panjangnya 500 meter dan lebarnya 335 meter. Di satu tempat, tinggi silingnya 78 meter. Haiwan seperti musang, <I>gopher I>, <I>jack rabbit I>, <I>mule deer I>, dan ular orok-orok terdapat di taman ini. Taman Negara ini dibina pada tahun 1930. Untuk mengetahui keluasannya, lihat Taman negara. | UMUM | |