| STRONTIUM | Strontium, unsur kimia, ialah logam lembut, berwarna keperakan. Ia wujud sebagai bilangan isotop (atom yang sama nombor atomnya tetapi berbeza beratnya). Strontium 90 ialah isotop radioaktif yang berbahaya yang terdapat pada guguran (serpihan radioaktif di udara) daripada beberapa letupan nuklear. Keradioaktifan isotopnya memusnahkan tisu yang menghasilkan darah pada manusia dan haiwan. | UMUM | |