GUJARAT | | UMUM | |
AHMADABAD | Ahmadabad (pend. 2 954 526, pend. kaw. met. 3 297 655) ialah bandar terbesar di negeri Gujarat, di barat India. Bandar ini terletak berhampiran Sungai Sabarmati, kawasan penanaman kapas India. Untuk lokasi Ahmadabad, lihat India (peta politik). Bandar ini ialah pusat pembuatan dan perdagangan tekstil negara. | UMUM | |
DADRA DAN NAGAR HAVELI | Dadra dan Nagar Haveli (pend. 138 542) ialah salah sebuah Wilayah Kesatuan India. Ia terletak di pantai barat dan terdiri daripada dua bahagian yang berasingan. Dadra dikelilingi oleh negeri Gujarat dan Nagar Haveli pula terletak di sempadan Maharashtra dan Gujarat. Ibu negerinya ialah Silvassa. | UMUM | |
DAMAN DAN DIU | Daman dan Diu (pend. 101 439) ialah dua daerah yang membentuk salah sebuah Wilayah Kesatuan India. Jarak di antara dua daerah ini ialah 792 kilometer. Daman (luasnya 74 kilometer persegi) terletak di pantai Gujarat. Diu pula ialah sebuah pulau seluas 38 kilometer persegi yang terletak di sebelah selatan pantai Semenanjung Kathiawar di Teluk Cambay (atau Khambhat). Daman ialah ibu negeri wilayah ini. | UMUM | |
PERARAKAN DANDI | Perarakan Dandi ialah perarakan yang dilakukan oleh pemimpin nasionalis India, Mohandas Gandhi, dan pengikut-pengikutnya pada tahun 1930. Pada 12 Mac tahun tersebut, Gandhi bersama-sama 78 orang pengikutnya memulakan perarakan 24 hari dari Sabarmati Ashram, berhampiran Ahmadabad, melalui kampung-kampung Gujarat hingga ke laut di Dandi, iaitu sejauh lebih kurang 380 kilometer. | UMUM | |