Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.li] | ݢولي

Definisi : bola-bola kecil drpd kaca (batu dll) utk permainan kanak-kanak, gundu, jaka, kelerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.li] | ݢولي

Definisi : bebola kecil drpd kaca atau batu utk permainan kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guli

Puisi
 

Cik Dayang menggulung benang,
     Budak-budak bermain guli;
Hamba seorang duduk mengenang,
     Orang dikenang bukan peduli.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAINAN GULI

Permainan guli ialah permainan kanak-kanak

yang dimainkan dengan bebola kecil, yang biasanya

dibuat daripada kaca. Setiap biji bebola ini dikenali

sebagai guli. Kebanyakan permainan guli dimainkan

di atas permukaan yang rata di luar rumah.

Permainan guli boleh dimainkan sebagai sukan yang

terancang, tetapi ia lebih popular sebagai rekreasi.

Para pemain menyasarkan guli-guli dengan

mengimbangkan sebiji guli besar yang disebut

gundu di antara ibu jari dan jari telunjuk. Dengan

menggunakan ibu jari, pemain menjentik gundu ke

arah sebiji atau lebih guli kecil yang disebut guli

objek. Biasanya, para pemain dikehendaki melutut

apabila menyasar, iaitu satu lutut diletakkan di atas

tanah semasa menyasar.

UMUM 
SOLITAIRE

Solitaire ialah sejenis permainan papan yang

berasal dari Perancis. Ia dimainkan oleh seorang

pemain sahaja dengan menggunakan pasak atau

guli sebagai buah dan sebuah papan kayu khas yang

mempunyai lubang atau rongga.

UMUM 

Kembali ke atas